Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Tuesday, May 10, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 9)
Setelah selesai perjumpaan tersebut.Pantas sahaja kaki Fizry mengambil begnya yang berada di luar lalu mempercepatkan langkahnya mahu pulang ke rumah.
Disebabkan,hanya terdapat sebuah basikal di rumahnya.Fizry terpaksa berulang alik dari sekolah ke rumah berjalan kaki sepanjang 2 kilometer.
Sedang Fizry berjalan kaki dalam kepanasan,terlihat kelibat sebuah kereta BMW bewarna hitam terbabas di selekoh bahaya.
Fizry mempercepatkan langkahnya lalu menuju kearah kenderaan tersebut..Keadaan jalan raya yang agak lengang membuatkan tiada siapa yang menghulurkan bantuan..Kenderaan arah bertentangan yang melalui jalan tersebut juga hanya memandang simpati namun tidak pula turun dan menolong.
Fizrie mempercepatkan langkah lau membuka pintu kenderaan tersebut.Kelihatan seperti seorang wanita dalam lingkungan 50 tahun sudah tidak sedarkan diri dan kepalanya dipenuhi darah.Penumpang sebelah wanita tersebut pula,tidak dapat membuka matanya.Hanya kedengaran suara meminta tolong.Apa yang memeranjatkan Fizry,penumpang sebelah tersebut lengkap berpakain sekolah dengan lencana sekolahnya.
Tanpa berlengah,Fizry berlalri menuju ke pondok telefon berdekatan lalu nombor 999 didail.
Tak sampai sepuluh minit,kedengaran siren ambulan dan polis.Namun keadaan di tempat kejadian,masih lengang.Hanya Fizry dan beberapa orang awam yang berada di situ dan memberikan pertolongan.
Selesai mangsa kemalangan dibawa menaiki ambulans.Fizry meneruskan langkah kakinya menuju ke rumah.
Nampak sahaja kelibat Fizry,Adura sudah berlari-lari anak sambil memanggil Fizry.
“Alongggg....Lambatnya along balik” soal Adura ketika berda dalam dukungan Fizry.Mukanya sengaja di cemikkan seakan-akan merajuk.
“Tadi ade accident mase along nak balik rumah tadi.Along tolong.Tu yang lambat siket.”balas Fizry lembut.Rambut Adura yang tidak kemas diperbetulkan.
“Banyak ke darah along?Orang tu mati ke??”soal Adura selamba.
“Ishh.!! Ape adik along cakap ni?Tak baik tau cakap macam tu.Dah bawa pergi hospital dah.Semuanya okey kot.” balas Fizry tenang walaupun hakikatnya,dia sendiri tidak tahu akan keadaan mangsa kemalangan tadi.
“Adik along dah makan belum?”soal Fizry lagi.
“Dahh...Tadi Dura makan lauk ayammm..sedapppp” jawab Adura sambil menunjukkan ibu jarinya kepada Fizry.
“Sedap ye?Along pon lapar dah ni.Jom teman along makan” lantas pipi Adura yang tembam itu dicubit.
Adura pula hanya mampu merengek manja.Keakraban Fizry memang jelas.Fizry lebih manjakan Adura kerana dia yang bongsu tambahan pula beza umur Fizrie dan Aniza hanya setahun.Beza umur Fizrie dan adik ketiganya Nas pula hanya 3 tahun.Masing-masing sudah besar.Hanya Adura sahaja yang masih kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment