Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Monday, May 9, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (part 1)





“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan Kolej Matrikulasi Melaka bersama beberapa orang rakannya yang lain..

Sorry?Do i know you?” soal Ashraf tidak pasti..kawan-kawan Asyraf turut setia bersama Ashraf..

“Kau tak kenal aku ke? Fizry la.. Kan kita satu sekolah dulu.. Ingat tak masa nak PMR kau ajar aku? Kan kita pernah janji dulu nak belajar sama-sama.. Tapi result aku tak sebagus kau.. Tu yang kita terpisah tu.. Aku try contact kau tapi tak dapat.." panjang lebar Fizry membalas..

Fizry masih bersungguh mengimbau kembali kenangan sekolah dahulu sewaktu dia bersahabat baik dengan Ashraf.. Dengan harapan Ashraf mampu mengingatinya...

“Ash,kawan kau ke?” tanya Malik sambil mata masih memerhatikan Fizry.. Riz,Dol dan Akim hanya mampu tergelak.. Hasrul hanya diam membisu.. Malas mahu melayan kerenah rakan-rakannya yang lain..

Pakaian kemeja putih Fizry yang lusuh,ditambah pula dengan rambutnya yang lurus disikat kebelakang..Cermin matanya yang sedikit retak di bahagian atas sebelah kiri membuatkan kawan-kawan Ashraf mentertawakan Fizry..

“Wei..Agak-agak la kan? Korang nampak tak beza yang amat ketara between me and him? Layak ke wei nak kawan dengan wa?haha....” Ashraf membalas sambil turut mentertawakan Fizry..

“Salah orang la..” jawab Ashraf tegas berlalu bersama kawan-kawannya melangkah pergi meninggalkan Fizry bersendirian..

Kafe kian dipenuhi pelajar-pelajar yang lain.. Berduyun-duyun beratur mahu membeli makanan.. Ashraf dan rakan-rakannya memilih meja yang berada dihujung kafe..

"Ash,kau tengok awek sorang tu..Mantap beb..!! Kalau dapat,tak cari lain dah..haha" Riz bersuara namun matanya masih menatap gadis yang dikatakn mantap itu..

"Yang mane?yang mane? biar aku usha..hang jangan cakap yang hang usha tu,budak yang golongan ustazah tu sudah la..haha" balas Ashraf selamba sambil matanya memerhatikan seorang demi seorang pelajar-pelajar perempuan yang setia menanti makanan mereka siap..

"Kalau yang tu,susah wohh nak usha.." sambung Dol pula.. Mata mereka masih memerhatikan..

"Alahhh..bekas aku dulu pun,tudung je labuh..Ligat je aku tengok..Aku masuk matrik,i say hye-hye bye-bye la.. jawapan Ashraf membuatkan rakan-rakannya yang lain tergamam lantas semua mata-mata memerhatikannya..

"Hahh? Gila ahh!! nak yang suci-suci.. Perangai kau haram jadah je aku tengok.." jawab Dol..Riz dan Akim hanya mampu tertawa terbahak-bahak..

"Hahaha..aku saja-saja je nak test minah tu..Tak sangka la pula kan,dia boleh cair dengan aku..Orang dah bagi,kita ambil je la.." Ashraf bersuara nakal..Sambil matanya dikenyitkan..

"Ambil apa ni?" soal Hasrul tiba-tiba..

"Ehh kau ni..! Ganggu je la.. Mana burger aku?!" soal Akim apabila dilihatnya Hasrul hanya membawa air sahaja..

"Sabar la..Aduh!! Kau ingat aku ni kuli bertauliah kau ke???" Hasrul mula bengang..

"La.. Bukan ke?haha.." Riz mencela perbualan Hasrul dan Akim sambil ketawa terbahak-bahak..

Melihat muka Hasrul yang kian merah padam,Riz bersuara..

"Tu dia..Hasrul marah waoo..Relax la bro.. Kami gurau,lu ambil serius kenapa?" Riz cuba mengawal keadaan.. Ashraf,Dol dan Akim hanya mengangguk setuju..

"Korang tahu tak,dah lama aku sabar dengan korang..pergi mampos la same korang!!! Selama ni,aku sabar je korang buli aku..Blah ahh!!!!!!" Hasrul meninggikan suaranya lantas berlalu pergi meninggalkan mereka berempat..Kesabarannya kian tercabar dengan sikap rakan-rakannya itu..

Beberapa orang di kafe yang menyaksikan kejadian tersebut turut terkesima.. Siapa tak kenal geng Ashraf.. Mereka berlima memang glamour di KMM (Kolej Matrikulasi Melaka).. Glamour kerana paras rupa yang dimiliki oleh mereka dan kerana masalah disiplin yang mereka lakukan..

"Period ke apa mat selenge tu?" Suara Ashraf memecahkan kesunyian yang tercipta kerana tindakan Hasrul..

"Asal la Hasrul tu bangang sangat hah? Nak kata dalam hati dalam taman,aku tengok sekali pon dia tak bertegur dengan perempuan.." Dol menyambung pula..

"Lantak la sama dia.. Lagipun antara kita,dia tu kira macam non active partnership la..haha "Akim pula menambah..

Antara mereka berlima,memang tidak dinafikan.. Hasrul merupakan seorang yang agak pendiam dan paling baik berbanding rakan-rakannya yang lain.. Oleh kerana Ashraf adalah satu-satunya rakan sekelasnya di MRSM dulu,dan kebetulan mereka tinggal dalam bilik yang sama.. Hasrul hanya mengikut langkah Ashraf.. Hasrul susah untuk mendekati seseorang walaupun orang tersebut ialah lelaki..

"Aku kenal mat selenge tu.. Kat bilik nanti,minta maaf.. Macam pondan je aku tengok dia tu..haha" Kata-kata Ashraf membuatkan air oren yang disedut tersembuh..

"haha..Bangang la lu bai..kawan siapa la tu kan?" perli Dol..Akim dan Riz hanya tertawa..




INSYAALLAH KALO DAPT SAMBUTAN ENTRI NI,WA UPDATE..WA PLAN NAK WAT SHORT NOVEL JE..TAPI MCM XLAKU JE..BWU RANCG2 NAK ANTAQ KAT ALAF 21..TAPI DISEBABKAN AKU SENDRI TAK PASTI EITHER CRITA2 AKU NI OK KE X..SESUAI KE UNTUK TATAPAN UMUM..AKU AMEX KEPUTUSAN UNTOK POST KAT BLOG JE LA..HEHE

No comments:

Post a Comment