Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Tuesday, May 10, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (part 5)



Hari yang dinanti-nantikan bakal menjelma esok.Hati Fizry kian berdebar.Malam ini,terasa sangatlah menyiksakan.Cuaca malam yang agak ceria ditambah pula dengan sinaran sang rembulan yang mengambang penuh dihiasi dengan kerdipan bintang-bintang.

Terasa tenang.Namun hati Fizry bukanlah seperti yang digambarkan di langit.Fikirannya sudah jauh melayang memikirkan,apakah yang bakal diperolehi hasil lima tahun menuntut di sekolah menengah.Kekecewaan dari kesilapan yang lepas,menjadikan Fizry lebih serius dalam menuntut ilmu..

Harapan memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang selama ini didambakan,punah apabila keputusan (PMR) yang sederhana sahaja.Apa yang membuatkan Fizry lebih sedih apabila rakan baiknya,Ashraf meninggalkannya kerana mendapat tawaran memasuki MRSM.Bukan dia cemburu dengan pencapaian rakan baiknya itu tetapi dia sedih apabila dia tidak dapat menggapai impian memasuki MRSM bersama rakan baiknya itu.Lagi bertambah pilu apabila,Fizry hilang teman yang selama ini menjadi pendorong kepada kejayaannya.

Satu masa dahulu,Fizry bukanlah seorang yang mementingkan pelajaran..Kehidupan sehariannya,pergi ke sekolah.Ponteng kelas.Mengganggu rakan sekelasnya.Fizry boleh dikategorikan sebagai seorang pelajar yang agak nakal.Hampir semua pelajar mengenalinya.Dikalangan para guru,semestinya dia sudah terkenal.Kerap kali didenda dan digantung sekolah.

Encik Badrul,guru disiplin yang paling digeruni para pelajar jua sudah semakin jelak dengan sikap Fizry.Hampir setiap minggu,ada saja muka Fizry menjengah ke biliknya dengan pelbagai kesalahan.

Tok..Tok..Cikgu Badrul mengetuk pintu Haji Amran apabila tiba dimuka pintu.Cikgu Badrul mendapat pesanan dari kerani sekolah bahawa Haji Amran mahu berjumpanya.

“Oh..Masuk cikgu..” arah Haji Amran lalu mempersilakan Cikgu Badrul duduk.Fail rekod pelajar bermasalah turut dibawa bersama Cikgu Badrul kerana menurut kerani,Haji Amran mahu melihat rekod pelajar bermasalah..

“Ini failnya cikgu.” lalu cikgu Badrul menghulurkan fail bewarna merah yang berisi rekod pelajar-pelajar bermasalah.

“Hmm.Fizry lagi?” keluh Haji Amran.“Ni tak boleh jadi cikgu.Fizry tu dah melampau sangat.Mak bapak dia tak tahu jaga anak ke?”tanya Haji Amran apabila dilihatnya antara rekod pelajar yang paling teruk adalah Fizry.

“Saya pun tak tahu nak buat apa lagi cikgu.Jangan kata surat amaran,hukuman gantung sekolah pun sudah diberi.Namun dia masih juga macam tu.Saya dah cuba selidik latar belakang dia.Fizry ni,datang dari keluarga miskin.

Ayahnya kami tak dapat kenal pasti sebab tiada pula rekod ayah Fizry.Ibu Fizrie hanya bergantung hidup pada tanah pusaka arwah nenek Fizry di hujung kampung.Hari-hari menoreh getah je..”panjang lebar penjelasan Encik Badrul kepada Haji Amran.

“Tu lah generasi sekarang.Kalau dah tahu datang dari keluarga susah,tak pernah cuba untuk mengubah nasib keluarga.Fizry tu anak tunggal ke?” Haji Amram untuk kepastian.

“Dia anak yang sulung.Adik-beradiknya ada 4 orang.Saya pernah la tanya kawan-kawan rapat dia.Mereka cakap,Fizry ni.Lepas sekolah,ada buat part time.Di bengkel motor rasanya.” jelas cikgu Badrul.

“Macam tu ke?Laaa....Dia tu kan pelajar.Tugasnya belajar,bukan mencari duit.”keluh Haji Amran namun pada masa yang sama dia turut simpati dengan situasi Fizry.Cikgu Badrul hanya mampu tersenyum tawar.

“Macam ni la cikgu.Saya yakin Fizry ni boleh berubah sebab saya dulu pun macam dia.Saya faham apa yang dia rasa.Tapi dia kena lah berubah.Bukan dengan cara menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berjaya.” Haji Amran begitu memandang serius akan masalah pelajar-pelajar begini.Memegang jawatan pengetua bukanlah sesuatu yang mudah.

“Seminar pelajar Score A tu,berapa orang yang terlibat?” tanya Haji Amran
“Seminar tu??Seperti yang kita rancang.Semua pelajar yang layak,sudah kami daftarkan.Jumlahnya 5 orang.2 pelajar lelaki,3 pelajar perempuan.” jelas cikgu Badrul.Seperti biasa,setiap tahun.Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan didaftarkan bagi menghadiri seminar Score A.

Program Score A ni,bukan sahaja mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan.Malah turut dimuatkan sesi kesedaran pelajar.Program Score A ini,akan diadakan sebanyak 4 kali sebelum pelajar menempuh peperiksaan sebenar.Kehadirannya pula,diwajibkan.Biasanya satu sesi program Score A ini akan mengambil masa 3 hari 2 malam setiap sesi.

“Kalau macam tu,saya nak awak masukkan Fizry dalam senarai pelajar yang dipilih.” arah Haji Amran selamba.

Keputusan Haji Amran membuatkan cikgu Badrul terkesima kerana hanya yang cemerlang dalam akademik sahaja yang boleh mengikuti program tersebut.

“Tapi cikgu.Kedudukan akademi Fizry jauh ketinggalan.” cikgu Badrul cuba mengingatkan Haji Amran.

“Takpe.Awak buat apa yang saya suruh.Nanti pandai-pandai la saya cuba jelaskan pada pihak atasan.Saya akan usulkan pasal Fizry ni pada pihak atasan.Awak buat je apa yang saya suruh.Yang lain,biar saya uruskan.” Haji Amran mempunyai matlamatnya yang tersendiri dalam mencari penyelesaian kepada masalah Fizry.

Program Score A tersebut merupakan program yang menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang.Program tersebut menggabungkan semua pelajar cemerlang di seluruh Malaysia yang ditanggung oleh kerajaan dalam mencari pelajar-pelajar yang bakal mendapat biasiswa dalam menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi seterusnya menjadi harapan negara..

“Kalau cikgu dah cakap macam tu,nanti saya uruskan.” cikgu Badrul tidak mampu berbuat apa-apa kerana jarang sekali Haji Amran akan mengubah fikirannya atas keputusan yang diambil.

“Ok,itu saja.Saya nak awak tolong usulkan masalah kemiskinan keluarga Fizry pada PIBG.Pastikan mana-mana pelajar yang kategori miskin,turut dapat bantuan.” Haji Amran memberi arahan.Begitulah sikap Haji Amran,begitu mengambil berat akan pelajar dan tenaga-tenaga pengajarnya.

“InsyaALLAH,saya cuba cikgu.Kalau takde apa-apa lagi,saya minta diri dulu?” cikgu Badrul melangkah keluar dari bilik Haji Amran lantas fail rekod pelajar dibawa bersama.

No comments:

Post a Comment