Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Wednesday, May 18, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (Part 12)




“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara menanti nasi goreng patayanya siap..

“Apa faedah aku dapat dengan merinduimu wahai Naim? Dari merinduimu baik aku....” belum sempat Man menghabiskan ayatnya,Hasrul terlebih dahulu menyampuk..

“Amboi..!! “merinduimu” tak boleh blah.. Dah macam A.Samad Said junior dah aku tengok kau ni Man..” jawapan Hasrul membuatkan yang lain tergelak besar..

“Weii..Tengok kat meja hujung tu.. “kawan baik” kau dengan siapa tu? Bahagia je aku tengok..” ujar Akim sambil menjuihkan bibirnya menghala kearah Hasrul yang kelihatan gembira bersama rakan-rakan barunya..

“Fizry? Mampus aku..! Jangan la si Hasrul ni buka cerita..Kalau kantoi,habis aku.!” Bisik hati kecil Ashraf apabila dilihatnya Hasrul semakin akrab dengan Fizry..

“Biar la dia.. Ada aku kesah?” jawab Ashraf tegas.. “Dari mengadap dia,baik aku hadap chicken chop ni..” sambung Ashraf lagi lalu mencapai kentang goreng yang berada diatas pinggannya..

“Bai..Relax sudah..Lu emo macam orang period apasal?” Dol menyampuk..

“Eh.! Budak tu bukan ke yang tegur kau kat library hari tu Ash?” Riz bersuara apabila dilihatnya Fizry turut berada bersama Hasrul..

“Mana-mana?Yang mana satu?” Dol yang tadi khusyuk menikmati chicken chop kini pandangannya beralih mengadap Hasrul dan kawan-kawannya..

“Yang tu la Dol.. Memang patut pon si Lebai tu panggil kau bedol.. Sesuai dengan kau.. Nama kau menggambarkan perwatakan la.. Bagus betul..” ujar Riz selamba..

“Bukan bedul la..Tapi cendol” jawab Akim pula sambil ketawa.. Yang lain,turut ketawa..
***

“Hahh.. Yang kat belakang yang tidur tu siapa? Kejut dia..!” marah En.Kamal apabila dilihatnya ada seorang pelajar sedang tidur ketika dia mengajar.. Tumpuan hampir 120 pelajar dalam kuliah tidak lagi tertumpu dihadapan..

“Woi..! Bangun! Lebai dah naik minyak kat depan tu..” Ashraf cuba mengejutkan Dol dari tidurnya dengan menyiku lengan Dol dengan sikunya..

Dalam pisat-pisat Dol cuba membuka matanya.. Alangkah terkejutnya dia apabila dilihatnya mata-mata yang ada di dalam kuliah sedang merenungnya.. Lantas Dol memperbetulkan duduknya sambil membetulkan rambutnya yang menjurai hingga ke paras hidung itu..

“Hah.. Awak yang tidur tu.. Siapa nama?” Tanya En.Kamal tegas sambil mengambil kertas kedatangan pelajar..

“Dol.” Jawab Dol ringkas dengan muka tidak bersalahnya..

“Cendol?” tanya En.Kamal apabila kurang dengar suara Dol.. Kedengaran pelajar-pelajar lain tertawa apabila perkataan cendol keluar dari mulut En.Kamal..

“Dol..” Jawab Dol dengan nada yang lebih kuat agar dapat didengari En.Kamal.. Bengang Dol dengan tingkah laku En.Kamal yang memalukannya di dalam kuliah..

“Bedul?” tanya En.Kamal sekali lagi.. Suara pelajar lain yang tertawa membuatkan En.Kamal tidak dapat mendengari suara Dol.. “Yang lain boleh diam tak?” marah En.Kamal..

Suasana yang tadi bising,diam tiba-tiba apabila dimarahi En.Kamal..

“Abdul Bakri Bin Abdul Hasan..” kali ini,Dol menyebut nama penuhnya.. “Nama saya no.4 dalam senarai kedatangan pelajar..” sambung Dol lagi apabila dilihatnya En.Kamal tercari-cari namanya..
***

“Bangang punya lebai.. Dah la bangang,pekak pula tu.. Tensyen aku kalau ada kelas dengan si Lebai janggut datuk kfc tu..” jawab Dol geram apabila dimalukan dihadapan ratusan pelajar.. Rakan-rakannya yang lain hanya tergelak..

En.Kamal yang berusia lingkungan 50an dan berpenampilan seperti Ustaz.. Janggutnya yang putih dibiarkan panjang membuatkan Dol menggelarnya Lebai..

“Haha.. Dol,jaga adab.. Lebai yang kau kata berjanggutkan datuk kfc tu juga la yang sayang kau selama ni.. Madang je masuk kuliah tanya Cendol mana” Riz menjawab selamba sambil mengajuk percakapan En.Kamal.. Ashraf dan Akim hanya tertawa melihat gaya Riz mengajuk En.Kamal..

“Kalau cerita pasal lebai,sampai esok pon tak habis.. Petang ni,aku nak pergi pekan.. Jom..” ujar Dol cuba mengubah topik..

“Pekan? Buat apa? Petang ni aku ada date dengan Tasya.. Awek gebu kuliah kita tu.. Haha” jawab Ashraf sambil mengangkat keningnya tanda bangga kerana berjaya mengayat Tasya,gadis yang memiliki kulit yang putih dan berambut lurus paras bahu..

“Gila.! Buta apa minah tu? Muka kau Ash yang macam bangla jual karpet pon dia nak? Entah apa la kau dah jampi minah tu..” balas Akim apabila teringat akan gadis yang bernama Tasya tu..

“Mulut macam puaka!” jawab Ashraf.. “Bangla ni la,jadi pujaan kau tahu? Daripada kau..Muka market,awek macam tong drum..” sambung Ashraf lagi sambil tergelak besar..

“Puas bodoh dapat tong drum tu.. Kau tak rasa nikmat lagi.. Kalau dah rasa,sumpah tak cari lain dah..” jawab Akim sambil tersenyum bangga..

“Kau tu memang,puas sorang.. Bukan ingat kawan..” jawab Riz pula..

“Relax sudah.. Nanti aku dah bosan,aku pass la kat korang..Jangan risau la..Setakat perempuan macam tu,buat raba-raba syok la..” jawab Akim sambil menepuk bahu Riz berkali-kali..

“Perangai macam setan je..” sampuk Dol.. “Aku nak pergi pekan,nak dating la.. Awek baik punya...” sambung Dol lagi sambil mengangkat ibu jarinya tanda seronok..

“Astagfirullah-al-azim.. Apa nak jadi la korang ni.. Bawa-bawa la bertaubat ye..” Ashraf bersuara sambil menggayakan tangannya seperti mahu menyampaikan lagu nasyid..

“Haha.. Macam puaka! Aku setakat raba-raba tu berani la.. Kau tu yang patut taubat.. Awek ustazah kau dulu tu,kau dah tebuk.. Kau blah apa cer?” soal Dol sambil mengangkat keningnya.. Akim dan Riz hanya memandang tepat kearah Ashraf..

“Itu kes suka sama suka.. Alahh.. Sekarang la time nak enjoy.. Umur dalam 30an,baru fikir kahwin.. Cari yang anak dara tu.. Perghh! Layannn..” ujar Ashraf kepada rakan-rakannya yang lain tentang perancangan masa depannya..

“Bagus Ash! Perancangan kau memang hebat..” Akim menyokong rancangan Ashraf..

“Bab lucah,korang memang handal..” Sampuk Riz.. “Dah la,jom berambus.. Dari tadi makcik kafe tu aim kita je.. Mesti dia kata,bila le budak-budak lucah ni nak berambus..” Riz bersuara lalu bangkit dari tempat duduknya..

Akhirnya Ashraf,Riz, Dol dan Akim bangkit dari tempat duduk mereka lantas berlalu meninggalkan kafe..

2 comments:

  1. best la citer ni.
    quite interesting.
    semoga berjaya dalam bidang penulisa. =)

    ReplyDelete
  2. hehe..thanx 4 the support :) really2 appriaciate it..

    ReplyDelete