Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Saturday, May 21, 2011
Percintaan Dn Persahabatan (Part 16)
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan bandar melaka dengan menaiki beca yang dihiasi indah dengan pelbagai macam bunga hiasan..
Beca tersebut menjadi perhatian mereka berempat apabila dilihatnya antara beberapa beca yang berada dikawasan beca,beca itulah yang paling menyerlah.. Hiasan bunga dan dikelilingi dengan lampu menjadikan beca tersebut kelihatan agak ekslusif..
“Nak nak kalau Man naik sekali.. Habis pancit beca ni..” jawab Naim..
“A’ahh.. Kau tengok.. Pakcik tu dah bulat-bulat mata pandang kita berempat.. Macam dah tahu-tahu je kita aim beca dia..” balas Fizry pula..
“Hahh.. Mai.. Mai.. RM15 je.. Pakcik bawa round kat sini..” Pakcik yang berumur lingkungan 50an itu mengajak Fizry dan rakan-rakannya naik.. “Tapi.. Maksimun tiga orang je.. Kalau naik berempat,tertanggal skru lutut pakcik ni..” sambung pakcik tersebut lagi..
“Hahhh.. Kan aku dah kata..” sambung Hasrul pula..
“Tak pe pakcik.. Kami dah round area sini tadi.. Kami nak pinjam beca pakcik je.. Pakcik relax,kuatkan balik skru tu.. Ni pemandu baru kami.. Dia memangg suka exercise ni..” sampuk Naim sambil menepuk-nepuk bahu Naim.. Man masih lagi terpinga-pinga..
“Ohh.. Boleh je.. Tapi caj macam biasa tau..” ujar pakcik tersebut lantas turun dari beca tersebut.. Man terpaksa mengambil bahagian sebagai pemandu beca baru..
“Lagi segak kalau pakai topi pakcik ni..” pemilik beca tersebut bersuara lantas menyarung topi yang dipakainya ke kepala Man.. Man hanya mampu tersenyum macam kerang busuk..
Fizry,Hasrul dan Naim hanya tersenyum.. Apabila mereka bertiga sudah mengambil tempat di dalam beca tersebut,Man mula mengayuh..
“Man! Laju la siket.. Dah macam kura-kura mengandung je kau kayuh Man.. Kalau pakcik tadi kayuh pon,berganda lajunya dari kau kayuh..” Naim mula menyakat Man yang sedang bersungguh-sungguh mengayuh beca tersebut..
“Aku tak kira! Korang bertiga tong-tong sorang RM5 bayar duit beca ni.. Dan tong-tong sorang RM2,caj perkhidmatan aku.. Jatuh saham aku.. Muka handsome-handsome, pakai kemeja belang-belang pula tu.. Pas 2,buat part time kayuh beca.. Kau memang cari nahas Naim..” Man melayankan sahaja jenaka Naim sambil menumpukan perhatiannya terhadap pengayuhan beca tersebut..
“A’ahh la kau ni Naim.. Aku tengok kau dengan Man,kau lagi yot.. Asal lak Man yang kena kayuh?” tanya Fizry selamba..
“Yot tu apa?” Hasrul menyampuk setelah asyik menikmati pemandangan di bandar Melaka..
“Yot tu,yang berketul-ketul kat badan kau tu.. Ketul ni.. bukan menaikkan saham kau,malah menurunkan saham kau sebab kejantanan kau kian menjunam akibat yot tersebut..” Naim menjawab soalan Hasrul dengan gaya ala-ala cikgu..
“Ketul? Ni lagi sorang.. Fail bahasa melayu.. Kau ingat ni ayam apa?? Guna ketul? Boyot la Hasrul.. Kau tengok tu,Naim dah cuba cover boyot dia dengan tahan nafas..” Fizry memperbetulkan ayat Naim.. Naim yang tadinya menahan nafasnya akhirnya tersembur jua apabila mendengar kata-kata Fizry..
“Ada ada je korang ni kan? Dah la.. Ni bukan kes macam pakcik tadi,skru dah nak tertanggal.. Ni kes nak tercabut dah lutut aku mengayuh beca ni bawa korang.. Tak boleh guna skru sudah..” jawab Man setelah sudah hampir lima belas minit Man mengayuh.. Lalu Man menghentikan beca tersebut berhadapan pakcik pemilik beca tersebut..
Setelah mengeluarkan not RM10 dua keping,Hasrul membayar kepada pakcik tersebut.. Naim,Fizry dan Man hanya tersenyum apabila melihat Hasrul membayar duit perkhidmatan teksi sebentar tadi..
“Diskaun anak.. Sepuluh ringgit je.. Lagi lima ringgit ni,upah kawan tu.. Berpeluh-peluh dia mengayuh beca pakcik tengok..” jawab pakcik tersebut lantas memulangkan kembali not sepuluh ringgit tersebut kepada Hasrul..
“Tengok tu,pakcik tu pon tahu hargai aku.. Kau Naim? Hampeh.. Harap perut je boyot..” Man bersuara sambil memegang perutnya..
Naim hanya mampu tersenyum.. Setelah mengucapkan ucapan terima kasih,mereka berempat menuju ke Menara Taming Sari..
Setelah menghabiskan masa hampir 4jam di bandar Melak,akhirnya mereka menuju ke Mahkota Parade dimana mereka memilih Mc’D sebagai hidangan bagi mengisi perut yang kelaparan..
“Kita shopping siket,lepas tu kita balik la.. Dah nak maghrib dah ni.. Kang terlepas pula bas si Fizry ni..” ujar Hasrul.. Naim dan Man hanya mengangguk setuju..
***
Setelah tiba di Melaka Centre,bus Transnational menuju ke Pahang sudah menanti dan sedang bersiap mahu memulakan perjalanannya..
“Okey la Fizry,kau jaga diri baik-baik.. Lagi dua minggu,kita jumpa.. Sampaikan salam aku dekat family kau eah?” ujar Hasrul lantas menghulurkan tangannya bersalaman dengan Fizry..
Naim dan Man turut bersalaman dengan Fizry setelah menyerahkan sebungkus kotak berbalut cantik.. “Ni hadiah dari kami.. Tak sempat nak sambut birthday kau minggu depan.. Tapi telur tu,wajib.. Semester akan datang,kau siap-siap la.. Kami celebrate birthday kau secara langsung..” ujar Man..
“Haha.. Tak usah la membazir duit nak beli telur.. Masak pon sedap.. Letak dalam megi..” sambung Fizry..
“Pakcik bas tu dah pandang-pandang.. Kecil besar kecil besar dia tengok kita.. Mesti dalam hati dia kata, budak ni ingat aku ni driver dia apa nak tunggu-tunggu..” Naim bersuara apabila dilihatnya pakcik bas tersebut memandang tepat kearah mereka berempat..
“Memang driver pon okey.. Ada kau dengar orang panggil driver bas ni dengan gelaran pembonceng bas?” Man menyampuk pula.. Kata-kata Man membuatkan mereka tertawa..
Selepas mengucapkan terima kasih kepada Haarul kerana membawanya bersiar-siar di Melaka tanpa mengeluarkan sebarang bayaran,Fizry berlalu meninggalkan mereka bertiga lalu memboloskan dirinya ke dalam bas tersebut..
Setelah bas yang dinaiki Fizry berlalu,mereka bertiga berlalu menuju kearah parking kereta.. Dimana pakcik Jamil masih setia menanti Hasrul dan rakan-rakannya..
Perjalanan selama 40 minit dari bandar Melaka ke matrikulasi dimanfaatkan dengan bercerita penuh teruja.. Setibanya di asrama,Hasrul mengambil begnya lalu menyerahkan kunci di pejabat.. Sebelum meninggalkan matrikulasi,Hasrul bersalaman dengan Man dan Naim sebagai tanda ucapan selamat tinggal..
“Dah Man,pergi tidur cepat.. Besok pagi-pagi kita nak berangkuut balik..” Naim mengarahkan agar Man segera tidur kerana jam sudah menunjukkan jam sebelas malam..
“Kau tu bukan apa.. Nak suruh aku tidur awal sebab kau nak lantik aku jadi jam loceng kau kan?” jawab Man selamba..
Akhirnya,tepat jam 11.20 malam.. Bilik mereka tidak lagi diterangi lampu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahhaha.
ReplyDeletelawak doe .
haha..memg hang stalker hebat!!! :) haha..t smbg ag k..ke ko nk tolg smbgkan?haha aku on aje :)
ReplyDeleteaku akn lmbt update tao..ko tggu la ye?jgn sedih2 k?kih3
ReplyDelete