Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Monday, May 9, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (part 2)





“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan handphonenya itu..Sesekali dilihatnya Ashraf tersenyum sendirian..

Sejak kejadian di kafe hari tu,Hasrul mengambil keputusan mahu pindah ke bilik lain..Setelah berurusan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar,Hasrul dibenarkan berpindah ke bilik lain..Semenjak kejadian itu juga lah,Hasrul dan rakan-rakannya kian renggang..

“Tak” jawab Ashraf ringkas.. Matanya masih mengadap handphone..

Entah perempuan mana pula la yang bakal menjadi mangsa si buaya darat ni.. Bisik hati kecil Dol..

“Kan bagus kalau kau boleh khusyuk belajar macam mana kau khusyuk layan awek kau tu macam sekarang..” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf begitu khusyuk dengan handphonenya..

Ashraf hanya tersenyum..

Tanpa Ashraf sedari,perlahan-lahan Dol menghampirinya.. Alangkah terkejutnya Dol apabila dilihatnya Ashraf sedang menonton video lucah..

“Woi..!!!!” sergah Dol..

Muka Ashraf kian merah padam apabila disergah.. Hampir sahaja tercampak handphonenya dari tangannya..

“Bangang lu! Aku terajang kau karang! Apa kau nak sengal?” Lantas handphonenya cepat-cepat dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya..

“Layan sorang nampak..” Dol bersuara ala-ala pondan.. “Bluetooth lah kat aku.. Jangan kedekut bai.! Sharing is caring ok..” sambung Dol lagi lantas mengambil handphonenya di atas meja belajarnya..

“Lu baru lepas study,dah nak buat dajal?haha” Ashraf menepupuk bahu Dol beberapa kali..

“Betol gak kan? Otak aku,bukan macam kau.. Otak aku kalau tengok video macam tu,terus benak.. Otak kau pula,kena asah dengan sex baru bijak betol tak..haha” perli Dol selamba sambil berlalu pergi ke katilnya..

“Mulut lu macam puaka bai.! Haha” jawab Ashraf lalu mengambil towel menuju ke bilik air..

“Nak pergi mana bang?” perli Dol sambil ketawa..

“Berak. Asal? Lu mau teman?” Dol hanya mampu tergelak lalu Ashraf hilang disebalik pintu bilik air..

Sekembalinya Ashraf dari bilik air,dilihatnya Dol sudah bersiap-siap mengemas katil mahu tidur..

“Woi.! Tak kan nak tidur dah?” tanya Ashraf..

“Esok exam bai,tak reti nak tidur ke?” jawab Dol lalu melabuhkan punggungnya di atas katil sambil menepuk-nepuk bantalnya menunjukkan dia mahu tidur..

Ashraf hanya tersenyum lantas lampu belajarnya dinyalakan.. Tak sampai sepuluh minit Ashraf belajar,kedengaran dengkuran Dol..Lalu Ashraf mencapai earphonenya yang berada diatas katil lalu menyumbatnya ke telinga..

Tepat jam 7 pagi,kedengaran handphone Ashraf berbunyi..

“Woi.! Bangun la..! Jam kau bunyi,memang khas untuk kejut aku bangun..” Dol mengejut Ashraf dari tidurnya yang lena..Selimut Ashraf ditarik dengan harapan dapat membangkitkan Ashraf dari tidur..

Seperti biasa..Hampir setiap hari jam di handphone Ashraf yang berbunyi di pagi hari,hanya akan diam apabila Dol menjalankan tugasnya iaitu mematikan bunyi jam itu..

“Yelahhh..Aku bangun la ni..Bising la kau ni..Kejut sekali dah la..” marah Ashraf lantas bangkit dari katil menuju ke ampaian baju lalu towel dicapai..

“Kalau wa kejut lu sekali je.nampak gaya memang lu tak bangun la bai.!” Bising Dol pula..

“By the way Ash,tak da lagi seksi ke seluar kau tu hah? Nasib baik iman aku kuat,kalau tak..Tergoda dah aku..haha” Dol mula melawak..

“Lu pernah dengar tak,kes pelajar koma gara-gara tercekik kasut saiz sembilan?” soal Ashraf sambil tersenyum..

“Tak pula..Tapi kalau kes gay tu aku pernah dengar la..” Dol masih setia melayan jenaka Ashraf..

“Ni kalau dapat belanja kau sarapan penampar pagi-pagi ni syok juga kan?” balas Ashraf lantas berlalu meninggalkan Dol sendirian..

MALAM NANTI,WA UPDATE PART 3 LAK YE..HEHE SORRY,OTAK MENULIS TIME PETANG2 NI..MEMG MCM NI LA..HAHAHAHA

No comments:

Post a Comment