Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Saturday, May 21, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (Part 15)




“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna dah.. Bersiap sedia je..” marah Ashraf apabila dilihatnya Dol dan Akim sibuk berbincang tentang soalan peperiksaan Matematik sebentar tadi..

“Bersiap sedia apa?” tanya Dol..

“Apa ke bengap sangat kau ni Dol? Bersiap sedia untuk kena tendang la..” Sampuk Riz..

“Wei,jangan cari pasal.. Kalau matrik tendang aku,bapak aku sambut aku kat rumah dengan kaki kanan,tangan kanan dia..” ujar Dol..

“Awat? Bapak kau lumpuh sebelah badan ke?” jawab Akim selamba lantas mencetuskan gelak besar dikalangan mereka berempat..

“Bapak aku kalau lumpuh sebelah badan,tangan kanan dia je ready kat rumah tu.. Duduk atas kerusi roda,pegang senapang gajah.. Tak payah susah-susah guna kaki,tangan kanan dia je dah boleh bunuh aku..” balas Dol sambil menggayakan tangannya seperti mahu menembak..

Deringan lagu dari handphone Dol,membuatkan masing-masing memandang Dol..

“My sis..” jawab Dol.. “Hello kak,sampai dah ke?” soal Dol apabila butang hijau ditekan..

“Ok.. Lagi sepuluh minit adik turun.. Tunggu kat tempat biasa..” lantas butang merah ditekan..

“Beb,aku blah dulu.. Kita jumpa dua minggu dari sekarang..” ujar Dol sambil menarik bagasi hitamnya.. Akim, Ashraf dan Riz bersalaman dengan Dol sebagai tanda perpisahan..

Kakak Dol yang hanya menggayakan skirt paras lutut yang agak sendat beserta t-shirt tidak berlengan bewarna pink dan rambutnya yang diwarnakan dengan kombinasi warna kuning dan merah membuatkan Ashraf,Akim dan Riz tidak berkelip..

“Dik,satu je ke beg kau?” soal Kathy apabila dilihatnya Dol hanya membawa satu bagasi sahaja.. Bonet kereta belakang dibuka.. Kathy hanya memberi sekilas senyuman terhdap Akim,Ashraf dan Riz yang turut menemani Dol hingga ke kereta..

“Maaf! Reject! Jangan harap korang ada chance..” ujar Dol sambil mengangkat keningnya terhadap ketiga-tiga rakannya apabila dilihatnya mereka melopong melihat kakaknya,Kathy..

“Adik,apa awak cakap ni?Hormat abang ipar siket..” Akim bersuara perlahan agar tidak didengari Kathy.. Hanya mereka berempat yang mendengarinya.. Lantas tersembur ketawa mereka berempat.. Kathy hanya memandang adiknya terpinga-pinga..

“Tak usah kau nak bermadah Akim.. Tunang orang.. Kalau akak aku tak tunang lagi pon,kau ingat kau ada chance? Mati hidup balik pon,aku tak terima kau jadi abang ipar aku.. Jangan kata kau je,Riz pon sama.. Nak-nak Ash! Ash lagi aku reject!” Dol berjenaka.. Lantas mereka berempat tertawa..

Kathy yang sejak tadi berdiri di sebelah kereta perdana V6 warna hitam,hanya menggeleng melihat adiknya.. “Dik,cepat la.. Panas ni..” Ujar Kathy yang sempat menghadiahkan sekilas senyuman terhadap Ashraf,Riz dan Akim sebelum melangkah masuk ke tempat duduk sebelah pemandu..

“Ok..” balas Dol.. “Aku blah dulu..” sambung Dol lagi lantas berlalu meloloskan diri ke dalam kereta.. Sebelum perdana V6 yang dinaiki Dol berlalu meninggalkan perkarangan parking asrama lelaki,sempat perdana V6 tersebut mengeluarkan bunyi hon..

Setibanya di bilik Ashraf,Akim bersuara..

“Ash,kau bila balik? Mak aku dah nak sampai katanya tadi.. Riz balik tumpang aku.. Kau siapa ambil?” tanya Akim sambil berlalu menuju ke kerusi belajar Ash yang berdekatan dengan pintu bilikAshraf..

“Aku balik lepas Asar kot..” jawab Ashraf..

“Ohh.. Ok la,aku nak siap-siap bawa turun beg baju aku ke bawah.. Kang bising pula mak aku tu.. Riz,jom la.. Barang kau dah habis kemas belum? Jangan nanti,mak aku dah sampai baru kau terkial-kial nak kemas.. Mampus panas telinga kita nanti..” Akim cuba mengingatkan Riz akan peranagi ibunya yang tidak suka menunggu..

“Dah la.. Masak benar aku dengan mak kau tu.. Dari sekolah dulu aku dah kenal mak kau..” balas Riz.. Riz dan Akim memang berkawan baik sejak sekolah dahulu.. Tambahan pula,mereka berjiran.. Jika keluarga Riz sibuk,Riz akan balik dengan Akim.. Begitu jua sebaliknya..

“Hmm.. Ok,korang jaga diri.. Aku nak tidur kejap..” ujar Ashraf lantas bersalaman dengan Riz dan Akim yang tadi meminta diri..

***

“Kalau aku jadi cermin tu kan Man,lama dah aku retakkan diri aku sendiri.. Meluat pula aku tengok muka kau dari tadi..” Naim bersuara apabila dilihatnya sejak tadi Man duduk menghadap cermin mengusik jerawatnya..

“Kau ni Naim,pantang la tengok aku nampak handsome siket.. Jelous je kau kan?Aku bukan apa.. Kot la,kat Melaka kang boleh jumpa jodoh ke..” jawab Man tersenyum lantas mengambil kembali cermin yang dirampas Naim sebentar tadi..

“Cis! Jodoh konon.. Pirahhhh.. Kat kuliah,aku tengok kau dah macam gay je.. Berkepit dengan laki je.. Awek nak dekat dengan kau pon takut..” jawapan Naim membuatkan Hasrul dan Fizry tertawa..

“Jangan kata kuliah je Naim,kelas pon sama.. Kau ingat tak,awal masuk sini dulu.. Man ajak kita teman dia pergi buat discussion group dia..” tanya Fizry..

“A’ahh.. Ingat-ingat.. Patut la mengajak kita,rupanya ada seekor je kumbang diantara 3 kuntum bunga tu.. Bunga-bunganya 1 Malaysia pula tu..” jawab Naim sambil tergelak..

“Ish! Kalau tak mengenakan aku,tak sah! Nak buat macam mana.. Sekolah aku semua lelaki dulu.. Kalau jumpa perempuan pun,cikgu.. Lingkungan 30 ke atas.. Tu pon semua dah kahwin..” Man bersuara dengan nada sayu..

“Patut pon aku tengok kau ni macam gay je..” balas Naim lagi..

Perbualan mereka terhenti apabila Hasrul bersuara..

“Lagi sepuluh minit kita tunggu kat bawah la.. Driver aku dah nak sampai tu..” jawab Hasrul apabila baru sahaja mendapat panggilan dari drivernya, Pak Jamil..

Tak sampai sepuluh minit,Pak Jamil terlebih dahulu sampai di tempat parking asrama..

“Pak Jamil,tunggu kejap ye.. Kawan Hasrul nak pulangkan kunci bilik dia..” jawab Hasrul ketika Pak Jamil menanti penuh setia dibawah..

Selesai Fizry memulangkan kuncinya,mereka berempat menuju ke arah kereta Mercedes putih yang dipandu Pak Jamil.. Hasrul di bahagian depan manakala Naim,Man dan Fizry duduk di belakang..

4 comments:

  1. oke cun .

    tapi cam tade point sgtla .

    nway tros an usehe oke .

    t aku kritik . kehkeh^^

    ReplyDelete
  2. haha..segala kritikan amatlah dihargai..teruskan mengkritik sbb kalo hang kritik,memg hang baca kan?good!! itu yg kita nak..membaca..kah3 :p i'll make it better..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  3. wah... nice2. moga impian saudari menjadi kenyataan..chaiyok2!! :)

    ReplyDelete
  4. cik moon..!! xsgke kamu komen..hehe :)

    ReplyDelete