Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Tuesday, May 10, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 6)
Seperti biasa,hujung minggu Fizry akan diisi dengan membantu ibunya di kebun getah peninggalan arwah neneknya.Biasanya,pukul 11 barulah Fizry dan ibunya pulang ke rumah.Adik-adik yang lain tinggal di rumah.Aniza yang berusia 17 tahun akan menjadi leader di rumah sepanjang peninggalan mereka berdua.Anizah jualah yang memasak di dapur.
“Along,along balik dulu.Mak ingat nak singgah kedai Pak Man sekejap.Nak beli barang dapur sedikit.” pesan ibu Fizry,Rahimah.
“Mak nak beli apa lagi?Along tengok kat dapur tu ada je telur yang along beli minggu lepas.Apa lagi yang dah habis mak?”soal Fizry untuk kepastian.Sudah menjadi tanggungjawab Fizry,membeli keperluan dapur setiap kali mendapat upah hasil dari kerja sambilan di bengkel motor milik ayah kepada rakan baiknya Husin.
“Ohh.Mak nak beli beras sikit.Takpe,along balik ya.Nanti mak balik.Suruh adik-adik makan dulu.Tak payah tunggu mak.” pesan Rahimah kerana dia sudah masak dengan perangai anak-anaknya yang tidak mahu makan jika dia tidak makan bersama.
“Yelah.Hati-hati mak.Tu bekas makanan dengan botol air tu,biar la along bawa balik.” pinta Fizrie lantas bekas makanan dan botol air bertukar tangan.
***
“Alonggg..!!! Ada surat.Ada surat.” jerit Adura adik bongsu Fizry yang berusia 4 tahun.Terkedek-kedek Adura berlari mendapatkan Fizry apabila dilihatnya kelibat Fizry sedang mengayuh basikal menuju ke rumah.
Surat apa lagi tu?Nak kata tak bayar bil air,bil elektrik.Sudah pun dilunaskannya minggu lepas.Tunggakan sebanyak RM70 jua sudah dijelaskan.Takkan sampai surat amaran pula?Nak kata surat dari sekolah tak mungkin kerana dia sudah digantung sekolah selama seminggu bermula minggu lepas.Esok barulah hukumannya tamat.
“Surat untuk along?Siapa pula yang hantar?”soal Fizry pelik.Lantas basikal di letakkan di tempatnya.Lalu Fizry mendapatkan Adura.Adura hanya menggeleng.
“Mana Dura tahu.Nanti Dura dah pergi sekolah.Dura dah tahu baca.Dura bagi tahu along ye siapa yang hantar surat ni.Kalau nak suruh Dura bacakan apa yang ada dalam surat ni pon boleh.”balas Adura.Walaupun baru berumur 4 tahun,Adura sudah bijak seperti pelajar sekolah rendah.Petah saja mulutnya berkata-kata.
Adura adiknya yang paling bongsu.Manjanya sudah semestinya.Bekas makanan dan botol air masih di dalam bakul basikal.Sebelah tangan Fizry mendukung Adura manakala sebelah lagi tangannya mengambil surat yang diberi Adura..
“Ohh..Main-main dengan along ye?Ni yang nak kena cium ni.!” Lantas sebuah ciuman hinggap di pipi Adura yang montel itu.Adura hanya tersenyum.
“Eh.! Mak mana?”soal Adura apabila dilihatnya ibunya tidak ada bersama.
“Mak pergi kedai Pak Man.Kejap lagi balik lah tu.”balas Fizry lantas membetukan rambut Adura yang kerinting itu.
Bila surat itu brtukar tangan,Fizry terkejut kerana tertera lambang sekolahnya di surat tersebut.Berkerut dahi Fizry.Adura pula sudah lepas dari dukungan Fizry.Bekas makanan dan botol air di dalam bakul,diambil lalu dibawa masuk ke rumah..
“Along,Dura masuk dulu lah.Angah dah panggil tu.”ujar Adura lantas meninggalkan Fizry bersendirian di tangga rumahnya apabila kedengaran suara Anizah memanggilnya.
“Okey,suruh angah siapkan makanan ye?Along lapar dah ni.”
“Okey.!” Jawab Adura dan berlalu masuk ke rumah menuju ke dapur.
Surat tadi,sudah mula dibuka.Entah apa lagi la sekolah ni nak.Tak kan nak denda lagi?bisik hati kecil Fizry.
Namun Fizry agak terkejut dengan apa yang dibacanya.Dia terpilih mengikuti program Score A.
“Hah? Ni tak lain tak bukan.Salah tulis nama la ni.Ishh.! Makan gaji buta je si Bluehippo ni.” bebel Fizry sendirian.
Dalam fikiran Fizry tergambar wajah Pn.Hayati.Badannya yang gempal dan sering mengenakan baju kebaya kelihatan seperti Bluehippo.Panggilan Bluehippo sudah lama digunakan Fizry dalam menggelarkan kerani yang bersifat panas baran itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment