Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Thursday, May 19, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (Part 13)




“Hoi!” tegur Ashraf apabila dilihatnya Fizry juga sedang beratur mahu mengeluarkan duit di hadapan atm yang berada bersebelahan dengan pondok jaga..

Fizry menoleh sebentar kebelakang dan dilihatnya Ashraf sedang beratur dibelakangnya.. Terbeliak mata Fizry apabila dilihatnya Ashraf yang pada awalnya mengakui tidak mengenalinya menegurnya..

“Sorry?” tanya Fizry sambil mengangkat keningnya..

“Aku minta maaf pasal hari tu.. Kau kan faham,kalau dah bergaul dengan golongan berada.. Nak bercampur dengan orang macam kau ni,aku kena cover siket.. Takut nanti kawan-kawan aku tahu..” ujar Ashraf selamba tanpa memikirkan kata-katanya bakal mengguris hati Fizry..

“Ermm.. Takpe la.. Aku faham..” balas Fizry lalu mengambil tempat di depan mesin atm apabila orang yang beratur dihadapannya tadi sudah selesai mengeluarkan wang..

Tidak sedikit pon wajah Ashraf ditoleh.. Fizry cuba cekalkan hati dalam mengahadapi situasinya.. Rasa terhina disimpan rapi di dalam hatinya.. Hatinya menangis apabila mendengar kata-kata Ashraf sebentar tadi namun Fizry cuba mengawal perasaan dengan tersenyum tawar..

“Aku bukan apa.. Aku malas nak ingat lagi kenangan kat sekolah dulu.. Sejak mak aku meninggal gara-gara kemalangan tu,aku jadi sedih.. Aku nak lupuskan kenangan dulu,tapi tiba-tiba kau datang.. Kau buat aku tak senang duduk..” Ashraf tetap berusaha membuatkan Fizry serba salah..

Lantas Fizry menoleh mengadap muka Ashraf.. Wajah Ashraf yang selamba seperti tiada perasaan itu ditenung tajam.. Mahu sahaja ditumbuk mulut Ashraf yang lancang bersuara itu..

“Kalau aku punca kau teringatkan arwah mak kau,aku minta maaf.. Aku tak sangka pula,kawan yang selama ni bantu aku disaat semua orang memandang hina kat aku.. Akhirnya berubah sampai macam ni sekali.. Takpe Ashraf,aku sedar siapa aku.. Tak perlu kau risau,aku tak kan ganggu hidup kau lagi..” Geram Fizry melihat Ashraf yang berdiri di hadapannya..

“Kau jangan salah faham.. Aduh,kau ni macam bapok la.. Muka jantan,hati cute!” perli Ashraf selamba..

“Ok..Aku minta maaf.. Aku tak salahkan kau.. Kita kan kawan.. Cuma aku tak nak orang lain tahu kau kawan aku.. Ok?” sambung Ashraf lagi apabila menyedari api kemarahan diwajah Fizry..

Tiada sebarang kata keluar dari mulut Fizry.. Usai mengeluarkan not RM50 di atm,Fizry meninggalkan Ashraf tanpa sebarang kata.. Tidak sedikit pon wajah Ashraf ditoleh..

Ashraf hanya menggeling melihat Fizry.. “Dasar orang kampung!” bisik hati kecil Ashraf..

“Ash.. You tunggu apa?” soal Tasya apabila dilihatnya Ashraf hanya tercegat di depan atm macam polis trafik..

Ashraf hanya memandang kosong ke arah Tasya.. Hatinya terdetik adakah Tasya mendengari perbualannya dengan Fizry sebentar tadi...
***

“Hasrul,aku nak tanya kau satu benda ni..” soal Fizry serius apabila dilihatnya Hasrul sedang menggosok pakaian..

“Kau nak tanya apa?” Pandangan Hasrul terhadap baju kemejanya beralih ke arah Fizry.. “Nampak serius je..” sambung Hasrul lagi..

Man dan Naim yang turut berada di dalam bilik turut tertanya-tanya.. Naim yang tadinya sedang mengajar Man,turut menoleh kearah Fizry..

“A’ah la Fizry.. Asal serius sangat kau ni? Takut lak aku tengok..” ujar Naim apabila dilihatnya tiada sedikit pon senyuman yang terukir diwajah Fizry..

“Takde apa la..Korang study la.. Aku ada hal dengan Hasrul kejap..” ujar Fizry lantas bangkit dari katilnya lalu menuju ke katil Hasrul..Hasrul yang sudah selesai menggosok kemejanya,menyangkut kemejanya di dalam almari..

“Sejak bila Ashraf berubah?” soal Fizry ringkas.. Hasrul yang tadinya berada di depan almari berlalu dan melabuhkan punggungnya ke arah kerusi belajarnya yang berhadapan dengan Fizry..

“Asal kau tiba-tiba tanya?” soal Hasrul..

“Entah la Hasrul.. Tadi siang Ashraf tegur aku tau.. Aku betul-betul tak sangka dia akan cakap macam tu kat aku.. Tersentak aku Hasrul.. Entah sejak bila la dia dah pandai membezakan taraf dalam pergaulan ni.. Terkilan aku.. Memang dia betul-betul berubah.. Its look like,i dont know him anymore...” panjang lebar Fizry meluahkan isi hatinya terhadap Hasrul.. Rasa terkilan masih bersisa di hati Fizry dengan sikap Ashraf yang berubah begitu mendadak..

“Aku sendiri tak pasti.. Sepanjang aku kenal dia,masa form 4 awal-awal dia pendiam.. Tak silap aku,lepas 6 bulan masuk MRSM dia berubah sejak kenal Azmir dengan geng-gengnya.. Azmir tu,memang top dengan kaki buli semua.. Dajal jangan cakap la..” jawab Hasrul..

“Tapi kan Fizry,tak silap aku la.. Mak dia accident,koma kan? Tak silap aku,hampir setahun gak mak dia jadi macam mayat hidup kat rumah..” sambung Hasrul lagi apabila teringat suatu ketika dahulu Ashraf pernah menceritakan sedikit tentang ibunya..

“Masa aku dah nak dekat PMR,memang dia dengan mak dia accident.. Mak dia koma tu,aku tahu.. Sebab masa tu,kami masih tingkatan tiga.. Dia accident dengan mak dia kat selekoh berdekatan sekolah aku..”

“Kalau kau nak tahu,sepanjang mak dia koma.. Dia selalu macam alami tekanan juga la.. Disebabkan program Score A tu la,aku rapat dengan dia.. Dia je yang ikhlas kawan dengan aku..” jelas Fizry panjang lebar..

“Laaa.. Macam tu ke? Masa mak dia koma,dia terus berubah jadi pendiam ke?” soal Hasru ingin tahu..

“Agak la.. Tapi dia selalu tolong aku.. Balik sekolah je,aku selalu belajar dengan dia kat surau sampai pukul 5 macam tu la.. Dia ajar apa yang aku tak faham.. At the same time,dia mengaji.. Dia memang sayang sangat mak dia.. Bapak dia aku tak tahu la.. Tak pernah dia cerita pasal bapak dia..” Topik Ashraf makin mendapat sambutan apabila Naim dan Man yang tadinya sedang mengulangkaji pelajaran turut lepak di katil Hasrul..

Setelah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap Hasrul,Fizry berasa beban di kepalany tadi kian ringan.. Man dan Naim turut sama menasihati Fizry akan masalah ini..

No comments:

Post a Comment