Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Monday, May 9, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 3)
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepas selesai memakai baju melayunya,Hasrul ternampak kelibat Man yang turut baru keluar dari bilik air yang sedang bersiap-siap mahu menuju ke surau juga..
"Wei,kang aku ikut korang pergi surau sekali eah?" Hasrul bersuara untuk kali pertama setelah hampir seminggu tinggal sebilik dengan Fizry,Naim dan Man..
Tindakan Hasrul membuatkan Man terkesima.. Fizry dan Naim saling berpandangan seperti tidak percaya..
"Hah?Boo..leh..Boo..leh" jawab Man gagap..
Tepat jam 7.20 kedengaran azan dari surau Kolej Matrikulasi Melaka yang berhampiran dengan asrama pelajar lelaki.. Hasrul,Fizry,Naim dan Man menuju ke surau bersama-sama..Dalam perjalanan,semua diam membisu..Kekok apabila Hasrul turut sama bersama mereka..
Setelah selesai menunaikan solat maghrib,Ustaz Hadi menyampaikan ceramah ringkas bertajuk ukkwwah..Hasrul kelihatan khusyuk mendengar..Jenaka Ustaz Hadi membuatkan pelajar tidak kering gusi dan tidak merasa bosan..
“Ukkwwah itu,perlulah dijaga..Jangan disebabkan perselisihan yang berlaku,kamu putuskan ukkwwah tersebut..Sesungguhnya Allah melakhnat mereka yang memutuskan tali persaudaraan..Ini tidak,masa zaman-zaman tok moyang kita dulu..Madang gaduh je,dok tabok sesama sendiri..lepas tu,dua-dua masuk kuboq.! Apa kebaikan yang kamu dapat?Bazir duit lagi ada la..Tok bomoh yang dok taboq tu,nak duit je..Tak kire eahh dosa pahala..” panjang lebar Ustaz Hadi menyampaikan ceramahnya..
Selesai azan isya’ berkumandang,masing-masing mempersiapkan diri mahu berjemaah bersama-sama..
Selepas bersalaman dengan beberapa jemaah lain,Hasrul membontoti Man dan Naim yang dilihatnya sedang mencari sandle masing-masing..
“Fizry mana?” tiba-tiba Hasrul bersuara..
Naim hanya memandang Man..Man pula hanya tersenyum..
“Fizry dia dah balik awal tadi..Katanya ada hal..” jelas Man lalu mereka bertiga bersama-sama menuju ke kafe..
“Korang nak makan apa?Biar aku belanja..” Hasrul cuba berbaik-baik dengan Man dan Naim..
“Ehh! Takpe la..Aku nak beli roti je..Fizry pesan tolong belikan tadi..Lepas ni kami nak balik bilik..Hang nak makan,hang makan la..” jawab Man sementara menunggu Naim pula pergi ke kaunter membuat pembayaran..
“Ohh.. Takpe la,aku pun makan roti je la..Sebab tadi lepas kelas aku dah makan nasi goreng..” Ujar Hasrul lalu roti kaya dicapai..
Selesai membuat pembayaran,mereka bertiga pulang ke bilik..
“Gelap je..Tak balik lagi ke Fizry tu?” soal Naim apabila dilihatnya bilik mereka gelap sahaja...Lantas kunci didalam poketnya dicapai dan pintu dibuka..
Apabila pintu dibuka,dilihatnya Fizry sedang duduk berseorangan dalam bilik yang gelap.. Cahaya lampu yang menerangi bilik membuatkan Naim perasan yang Fizry seakan-akan mengesat air matanya..
Tanpa sebarang kata,Fizry menuju ke bilik air..Naim dan Man hanya mampu menggeleng melihat Fizry..
“Kenapa dengan dia?” soal Hasrul apabila dilihatnya mereka berdua seakan-akan berahsia..
“Hah?Takde apa la..Biasa la tu..Gaduh dengan awek kot” Man cuba memulihkan keadaan yang tadi senyap seribu bahasa..
“Man,hang ni kalau dah pakai macam nak pergi sawah ni mesti nak cuci baju kan?” perli Naim selamba membuatkan Hasrul tergelak..
Ditolehnya kearah Man..T-shirt yang bersaiz XL memg tidak sesuai digayakan oleh badan Man yang kecil itu..Kain pelikat yang agak lusuh itu digayakan macam skirt membuatkan Hasrul tersenyum..
Naim masih tergelak besar sambil menukar pakaiannya..Hasrul pula tersenyum sahaja..
“Haha.. Bak mengata aku,kasi kat kau.. Kau tu,boxer spongebob kesayangan kau mana?” soal Man sambil tergelak besar..
“Kau jangan Man..Sensitif aku nanti..Entah mat miskin mana la yang kebas boxer aku tu..Pelik aku! Jangan-jangan awek yang curi kot..Yelah,sebab aku menolak cinta mereka..Tu yang diaorang nak jampi aku guna boxer tu..haha” Naim tergelak besar apabila teringat boxer spongebobnya yang baru dibasuh,hilang dari ampaian suatu ketika dahulu..
“Amboi..!! Sampai boxer pon kena curi? Dasyat ni..” Hasrul bersuara pula..
“Hahaha.. Baik kau hati-hati Hasrul.. Kot-kot,spenda hang dok gantung pon leh lesap.. Asrama lelaki ni,biasanya toyol perempuan yang handle..Jangan sampai dia jatuh cinta ngan kau..” Naim membalas..
“Hah? Toyol? Betol ke? Kau pernah nampak ke?” Hasrul yang tadi duduk di meja belajar mula bangkit dan menuju ke arah katil Naim..
“Kau percaya la si Naim ni.. Dia tu,bab merapu kasi kat dia..Dah-dah..Korang berdua duduk la lepak..Aku nak pergi cuci baju kejap” Man bersuara lantas menuju ke bilik air..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment