Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Tuesday, May 10, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (part 7)




Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan.

“Bosan doh.Apa dia cakap kat depan tu??Khusyuk gile aku tengok kau.!Mcam tengok awek je.hahahaa” Fizry menulisnya dalam sehelai kertas lalu kertas tersebut diberi kepada Husin yang leka mendengar ajaran Mr.Tan penuh tumpuan.

“Hahaha..Buat-buat paham le sengal.! Kang kau buat muka blur,dia panggil kau.Masak la kau.!Nanti jadi itik pulang petang.” Balas Husin lalu kertas tersebut mula bertukar tangan.Sempat pula Husin tersenyum bangga sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

“Opss.! Lupa pulak.! Kau tu,pelajar kesayangan dia.Hahaha” balas Fizry.

Masakan tidak,pernah sekali Husin dipanggil ke depan menjawab soalan.Husin pula dengan selamba menjawab dia tak tahu.Mr.Tan dengan bangganya mempersilakan Husin berjalan itik sekeliling koridor.Gara-gara kejadian itu,apabila tiba sahaja kelas Mr.Tan,pasti pelajar akan senyap.

Tok..Tok..Kelibat pengetua sekolah mengetuk pintu kelas 3 Biru.Mata para pelajar mula tertumpu kearah Haji Amran.

“Sorry Mr.Tan.”ujar Haji Amran.

“Its okey.Ada apa cikgu?”tanya Mr.Tan pelik apabila tiba-tiba Haji Amran mengetuk pintu.

“Saya nak jumpa Fizry sekejap.Boleh kan cikgu?”soal Haji Amran untuk kepastian.

“Oh..Sure.!”balas Mr.Tan. “Fizrie.! Pengetua nak jumpa kamu.” Sambung Mr.Tan lagi.

Muka Fizry sudah mulai pucat.Sejahat-jahatnya,tak pernah sekali pon ke tahap kena berjumpa dengan pengetua.Paling kritikal pon,dikenakan hukuman gantung sekolah.Itu pon,cikgu Badrul yang jatuhkan hukuman.Seluruh kelas memandang serong akan Fizry.Pasti dalam fikiran mereka,Fizry buat hal lagi.

“Woi.! Apa kes?”tanya Husin.

Fizrie hanya mampu mengangkat bahu.Dia sendiri tidak pasti.Fizrie bangun menuju ke arah pengetua.

“Awak dah dapat surat dari sekolah?”soal Haji Amran.

“Suuu...rattt..apa cikgu??”tiba-tiba Fizry jadi gagap.Haji Amran memang tegas orangnya.Kerana itulah pelajar memang gerun akannya.

“Surat pasal program Score A.Tak dapat ke??Saya dah suruh kerani pos surat tu.”Ujar Haji Amran.

“Ohh.Surat tu?Adaa..Adaa..Semalam sampai.Saya ingat pihak sekolah salah bagi surat.Sebab program tu bukan untuk pelajar cemerlang je ke?”soal Fizry untuk kepastian.Surat yang diterimanya semalam,masih disimpan di rumah.

“Perlu ke awak persoalkan apa yang saya buat?”giliran Haji Amran pula bertanya.

“Maaf cikgu.”jawab takut-takut.

“Pastikan awak pergi.Kalau tidak,saya akan ambil tindakan tegas.” Haji Amran cuba memberi amaran tegas.

Fizry yang ketakutan hanya mampu mengangguk setuju.

“Petang ni.Lepas waktu sekolah,ada perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang terpilih.Perjumpaan dekat bilik saya.Pukul 2.30.Pastikan awak datang.” selepas meninggalkan pesanan,Haji Amran meminta diri dari Mr.Tan yang setia mengajar di dalam kelas 3 Biru.Fizry pula melangkah masuk ke dalam kelas.

Semua pelajar tertanya-tanya.Apa agaknya yang Haji Amran mahu dari Fizry.Selepas melabuhkan punggungnya di tempat duduknya,Fizry mula mengambil kertas conteng yang menghubungkannya dengan Husin tadi.

“Sin,cakap dekat bapak kau.Aku datang kerja lambat sikit.Balik ni,aku kena jumpa pengetua.Nanti aku cerita.”selepas surat tersebut sampai di tangan Husin,Husin hanya mengangguk paham.

No comments:

Post a Comment