Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Tuesday, May 10, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 4)
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin..
Fizry hanya diam membisu.. “Adura sakit lagi ke?” Man bertanya lagi apabila dilihatnya Fizry masih setia merenung ke arah cermin tanpa sebarang kata..
Hanya Naim dan Man sahaja yang tahu akan masalah Fizry.. Adura merupakan adik bongsu Fizry yang mengidap penyakit jantung berlubang sejak beberape tahun yang lalu..
“Tadi petang mak aku call Naim.. Mak aku beritahu Adura kena tahan wad lagi.. Bulan ni je,dah 3 kali Dura kena tahan kat wad.. Serius Man,aku nak balik.. Family aku lebih perlukan aku..” jawab Fizry dalam nada yang sebak.. Air paip yang mencurah sejak tadi,ditadah lalu dicuci mukanya agar air matanya tidak dilihat Man..
Man berhenti mencuci baju lantas memcuci tangannya.. Perlahan-lahan Man menghampiri Fizry lalu bahu kanan Fizry ditepuk perlahan..
“Kau tak boleh fikir macam tu Fizry.. Memang sekarang keluarga kau perlukan kau tapi kau kena ingat tanggungjawab kau besar.. Kau beritahu aku,apa kau nak buat kalau nak berhenti matrik?” soal Man..
“Aku boleh je kerja kat kilang dekat dengan rumah aku.. Bengkel motor pon aku boleh kerja..” Fizry cuba memeprtahankan keputusannya..
“Fizry,pandang ke depan.. Sampai bila kau nak tampung keluarga kau dengan gaji yang tak berapa sen tu? Matrik ni la langkah pertama kau dalam usaha nak perbaiki kehidupan keluarga kau..” Man cuba menasihati Fizry.. “Jangan jadikan keluarga sebagai alasan Fizry..” sambung Man lagi..
“ Aku tak sabar nak habiskan matrik ni.. Tekana aku.. Dah la jauh dari keluarga aku.. Aku pun dah banyak pinjam duit kau dengan Naim kan?” tanpa disedari,air mata jernih Fizry masih bersisa..
“InsyaALLAH, selagi aku mampu tolong kau.. Aku tolong.. Kita kan kawan..” Man tersenyum lantas menyambung kembali membasuh baju.. Manakala Fizry pula masih lagi berdiri dihadapan cermin..
“Eh Hasrul.! Apa kau buat terpacak kat tepi bilik air tu?” soal Kamal,salah seorang penghuni bilik yang berhadapan dengan bilik Hasrul,Naim,Man dan Fizry..
Suara Kamal membuatkan Man dan Fziry saling berpandangan.. Fizry mengangkat keningnya kearah Man.. Seolah-oleh menanyakan adakah apa yang mereka bualkan tadi didengari Hasrul.. Man hanya mampu mengangkat bahu sebagai tanda tidak pasti..
“Eh! Kau tak tahu ke aku buat part time jaga tandas.. Kau nak masuk? Dua kupang please..” Hasrul cuba memulihkan keadaan dengan bergurau..
“Haha.. Tak pe terima kasih pakcik tandas,saya cuci muka dekat singki bukan dekat dalam jamban..” jwab Kamal selamba lantas berlalu menuju ke singki.. Hasrul pula hanya mampu tergelak.. Man turut terpengaruh untuk ketawa dengan jenaka Kamal.. Fizry pula hanya menghadiahkan senyuman tawar kearah Kamal yang memcuci muka di singki bersebelahannya.. Hasrul pula,hilang disebalik pintu bilik air..
Jam menunjukkan jam 1 pagi namun Hasrul masih setia dimeja belajarnya.. Naim dan Man sudah lena dibuai mimpi..Fizry pula sedang leka membuat ulangkaji di atas katil..
“Fizry aku nak tanya kau siket boleh?” tiba-tiba Hasrul bersuara..
Fizry yang tadi leka membuat ulangkaji diatas katil,kini kian terhenti apabila Hasrul bersuara.. Lantas Fizry merenung muka Hasrul sebentar..
“Nak tanya apa?” soal Fizry ringkas..
“Kau kan yang tegur Ashraf kat library hari tu?” tanya Hasrul apabila tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku di library beberapa minggu yang lepas..
“Ohh.. Salah orang la.. Aku ingat kawan sekolah aku dulu.. Sebab muka mereka berdua macam sama.. Cuma kawan aku dulu,macam skema siket..” jawab Fizry panjang lebar sambil tersenyum.. Tiba-tiba ingatannya kembali ke zaman sekolah menengah dahulu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment