Novel Itu Jiwaku
Jiwa aku,bukan jiwa jiwang tapi aku memg suka novel..disebabkan minat aku pada novel,so aku hasilkan crita yg berstatus ORI..ORI dari otak aku yg fresh ni..kowang takkan jumpa jalan cerita yg same,watak yg same SELAIN crite2 yg aku create ni DIPUBLISH OLEH ALAF 21..hehe insyaALLAH kalau dpat sambutan ok,aku try la naseb kat ALAF 21..kalo x,kowang bce je la kat sini..FREE..hehe
Ulat Novel Berjaya
Popular Posts Via All Time
-
“Ashraf????” soal Fizry apabila dilihatnya seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu sedang menuruni tangga perpustakaan...
-
Selepas keluar dari bilik air,Hasrul menuju ke bilik yang baru didudukinya.. Baju melayu warna hijau muda dikeluarkan dari almari..Selepa...
-
“Ash,sejak si bahlol tu berambus dari bilik ni..Ko perasan apa-apa tak?” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang asyik dengan hand...
-
“Lusa kita semua dah boleh balik rumah.. 2 minggu cuti ni,kau jangan la rindu aku Man..” ujar Naim sambil menyedut air orennya sementara ...
-
“Semput pakcik ni mengayuh kalau kita berempat naik beca ni..” ujar Hasrul apabila mereka berempat setuju untuk mengelilingi kawasan band...
-
“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry denga...
-
Kelas Mr. Tan terasa sungguh membosankan.Apatah lagi subjek yang diajar merupakan subjek yang membosankan. “Bosan doh.Apa dia cakap kat...
-
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki p...
-
“Boleh tak kita stop cerita pasal Math tadi? Makin serabut kepala aku bila korang asyik bincang je. Dah lepas ok! Bincang pon tak guna da...
-
“Fizry kau ok ke?” soal Man apabila dilihatnya Fizry sedang bersendirian di singki sambil merenung kosong tepat kearah cermin.. Fizry h...
Wednesday, May 25, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 17)
“Haii..Jalan kaki je ke?Bakal bapak tiri kau tak ambil ke?” perli Kak Jamida ketika terserampak dengan Fizry yang sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya..
Fizry merenung tajam ke arah Kak Jamida tanda tidak suka Kak Jamida menjejeh cerita keluarganya mahupun memburukkan nama baik keluarganya.. Kak Jamida yang lebih dikenali sebagai kak joyah dikalangan orang kampung,memang gemar masuk campu hal orang kampung..
Kak Jamida yang berbaju agak jarang bewarna merah menyala diserikan lagi dengan kerdipan dari segala perkakas emas ditubuhnya membuatkan Fizry bertambah menyampah dengannya..
Siapa tak kenal Kak joyah.. Andartu terkenal di kampungnya.. Usia yang menjangkau 40an masih tidak mampu menyedarkan Kak Joyah akan dirinya.. Masih lagi bergosip,memecah belahkan keamanan orang kampung dan mulutnya yang agak celupar membuat seluruh penduduk kampung tidak senang dengan kehadirannya kecuali kawan baikknya Abang Roger..
“Woi..! Kau dah balik ni,jangan lupa beritahu mak kau.. Hutang aku bila nak bayar. Kalau tak mampu bayar,pergi panggil bakal bapak tiri kau bayar!! Dia kan kayaa.....” sergah Abang Roger apabila dilihatnya Fizry hanya terkebil-kebil memandang Kak Joyah..
Abang Rozman pula dikenali dengan gelaran Roger kerana segala berita yang disampaikannya cepat sahaja diketahui orang kampung.. Seperti biasa,cerita perihal orang kampung biasanya keluar dari mulut Kak Joyah.. Disampaikan kepada Abang Roger.. Tugas Abang Roger ialah,menjadi posmen tidak berbayar Kak Joyah..
“Apa Abang Roger dengan Kak Joyah cakap ni? Saya tak paham..” Fizry masih mengawal nada suaranya agar tidak didengari oleh orang sekeliling.. Nada marahnya disimpan rapi khuatir kemarahannya tidak dapat dikawal lalu mencetuskan pergaduhan dengan Abang Roger..
“Eh kau ni Roger! Budak ni,mana ada handphone.. Macam mana nak calling-calling mak dia.. Keluarga dia ni,berinteraksi guna alam maya.. Tu jin mak dia kat rumah tu yang selalu dia orang guna.. Alahh.. Macam telefon jugak la.. Mak dia kata hello,nanti jin tu pon sampaikanla hello kat anak dia yang jauh ni..haha” Kak Joyah menggayakan tangannya seperti sedang bercakap di telefon.. Abang Roger hanya tertawa senang hati..
“Ehh!! Kau ni Joyah,tak baik cakap macam tu tau.. Mak dia tonggang tonggek sembahyang,kau cakap macam tu pulak..” ujar Roger serius..
“Mak dia bukan cakap hello la.. Assalamualaikum.....” sambung Abang Roger lagi sambil menyambung kembali ketawanya.. Kak Joyah hanya mampu tergelak dengan jenaka Abang Roger..
“Kau kalau gelak,tak tersembur air liur kat muka aku tak sah!!!” marah Abang Roger apabila Kak Joyah yang tidak mampu mengawal ketawanya,ketawa sehingga tersembur air liurya ke dahi Abang Roger..
“Hang jangan nak jatuhkan maruah aku!Kau tak nampak dah nak hujan ni?hujan yang turun,aku pula kau salahkan.. Kau nampak payung diraja aku ni?Kalau aku godok tekak kau,baru tahu! Dah jom! Kang hujan lebat,kau ingat aku pulak meludah kat kau..” Kak Joyah cuba mengawal situasi.. Hakikatnya memang air liurnya yang tersembur tapi disalahkan hujan yang kebetulan baru menunjukkan tanda-tanda mahu turun..
Kak Joyah dan Abang Roger melangkah menuju ke tempat parking van buruk Abang Roger yang diparking ditepi jalan tanpa menghiraukan Fizry..
“Cilaka..!! Lu ada otak ke tak? Parking van depan kedai gua,ganggu lalu lintas.. Lu kalau mahu jual ini besi buruk,pergi jauh.. Jangan bagi suei sama wa punya kedai...” bising Ah Keng sambil mencekak pinggang apabila dilihatnya van Abang Roger di parking betul-betul berhadapan dengan kedai runcitnya..
Parking yang berkeluasan sesuai untuk parking kereta kancil, tidak sesuai dengan van Abang Roger yang agak besar itu.. Lalu membuatkan bahagian belakang van Abang Roger melebihi line kuning parking dan secara tidak langsung mengganggu kenderaan lain yang menggunakan jalan tersebut..
“Hei apek! Lu jangan bikin kecoh hahh..Lu sudah tua pon mahu meniaga ka?Tak payah la,lu pergi sembahyang laaa.. Lu sudah tua.. Bila-bila boleh mati.. Jangan fikir duit aja..!!” balas Abag Roger sambil tergelak.. Kak Joyah yang sudah memboloskan dirinya ke dalam van Abang Roger hanya tergelak..
Ah Keng yang berang dengan sikap Abang Roger,ditenangkan oleh anak perempuannya yang dari tadi sibuk melayan pelanggan..
Tanpa menghiraukan Ah Keng dan pemandu-pemandu lain yang bising.. Abang Roger menekan minyak laju,malas mahu melayan Ah Keng dan pengguna jalan raya yang dikatanya kurang ajar.. Sikapnya yang tidak bertimbang rasa dan kurang ajar,disalahkan orang lain pula..
Fizry hanya menggenggam jari jemarinya erat seperti mahu menumbuk muka Abang Roger dan Kak Joyah yang lantang bersuara mengutuk keluarganya..
“Entah apa pula la yang jadi sepanjang aku kat Melaka....” keluh Fizry di dalam hati lalu meneruskan perjalanan pulang ke rumah.. Kaki yang melangkah,tidak menghiraukan hujan yang bakal menjengahkan dirinya pada bila-bila masa sahaja kerana fikirannya runsing memikirkan apa yang dikatakan Kak Joyah dan Abang Roger.. Bapa tiri? Kaya? Jin? Semuanya berlegar-legar difikiran Fizry..
Setibanya di perkarangan rumahnya,Fizry terlihat kereta Mercedes tersadai di halaman rumahnya.. Dipercepatakan langkahnya mahu melihat siapa yang berkunjung ke rumahnya yang serba kekurangan itu..
“Assalamualaikum......” Fizry memberi salam sambil membuka sandalnya.. Mulut memberi salam, tangan membuka ikatan sandal pada kakinya namun matanya menjengok-jengok ke dalam rumahnya mahu mengenal pasti siapa yang datang ke rumah..
“Alongggggg...” Adura terlebih dahulu menyambut Fizry..
“Along..Along.. Dura ada banyak mainan... Nak tengok jom la...” Adura menyambut Fizry penuh teruja dengan tangan kanannya memegang anak patung yang cantik.. Dan pastinya mahal.. Bisik hati Fizry..
“Makkkk.... Along dah balik..” sambung Adura lagi..
Fizry hanya diam membisu.. Matanya masih tercari-cari gerangan manusia yang datang ke rumahnya..
Fizry mendaki tangga rumahnya dengan berdebar.. Entah-entah,orang ni la yang Kak Joyah dengan Abang Roger cerita tadi.. Baru lima bulan aku tinggalkan kampung,macam-macam hal jadi.. Marah Fizry sendirian..
Apabila tibda di dapur rumahnya,Fizry terlihat susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk di meja makan rumahnya dengan keadaan berpaling darinya menghadap ke arah tingkap dapur rumahnya..
Sunday, May 22, 2011
Persahabatan Dan Percintaan (part 10)
“Dari apa yang kau cerita kan,aku rasa Ash tu memang Ashraf kawan kau dulu..” Hasrul mula serkap jarang..
“Dulu awal-awal aku kenal Ashraf dia ok je..Mase awal tingkatan 5,Ashraf mula banyak buat masalah.. Bertambah parah bila kat matrik ni,dia jumpa geng-geng dia sekarang ni.. Dulu pon,Ash berubah sejak dia rapat dengan budak-budak yang banyak masalah macam geng-geng dia sekarang ni la..” panjang lebar Hasrul menjelaskan perubahan yang ketara terhadap Ashraf..
“Sebenarnya,aku tahu tu dia.. Tapi dah nak buat macam mana dah orang tak kenal kita kan?” ujar Fizry sambil tersenyum sinis..
“Emm,kau sabar je la ye? Manusia ni,memang cepat lupa daratan..” jawab Hasrul sambil tangannya masih lincah menekan-nekan kalkulator yang berada diatas meja belajarnya..
“ Kau tak mengantuk lagi ke?” soal Fizry apabila dilihatnya Hasrul masih bersemangat membuat ulangkaji..
“Tak la..Tadi lepas zohor kan aku dah tidur..Kau nak tidur,tidur la..Kau jangan risau.. Toyol perempuan tu takkan berani usha aku..haha” Hasrul sudah semakin mesra dengan Fizry,Naim dan Man..
“Jangan sebut,kang datang..Payah..Seminggu demam..” jawab Fizry lantas menyambung kembali ulangkajinya..
“Laa..Aku ingat kau nak tidur..” soal Hasrul apabila dilihatnya Fizry masih setia mengulangkaji..
“Eh! Macam menghalau je..Kot ye pon nak dating ngan “awek” ehem-ehem kau tu pon..Jangan la halau aku..haha” Fizry masih ketawa..
“Kau jangan main-main wei.. Tak cium bau syurga aku kalau mak aku jumpa “awek” tu.. Awal-awal mak aku dah reject..haha” Hasrul pula melayankan jenaka Fizry..
Tiba-tiba Naim berdengkur kuat.. Hasrul dan Fizry masing-masing terkejut..
“Haishh!!! Time ni pula la dia nak berdengkur mengejut..” Hasrul bersuara sambil matanya memerhati Naim yang lena dibuai mimpi..
“Tahu kau terkejut.. Tu la,jangan diseru.. Kan dah bagi petanda..” Balas Fizry..
“Hahaha.. Tukar topik la.. Kang Man lak berdengkur mengejut.. Kalau diaorang berdengkur mengejut sekali lagi,memang aku tarik selimut terus..” Sambung Fizry lagi dengan ketawa yang masih bersisa..
Setelah hampir 5 minit Fizry dan Hasrul mendiamkan diri kerana khusyuk menumpukan perhatiannya terhadap ulangkaji,Hasrul tiba-tiba bersuara..
“Tadi kan Fizry,aku terdengar perbualan kau dengan Man kat toilet.. Sorry wei..” Hasrul meminta maaf kerana telah mencuri dengar perbualan mereka..
“Ohh.. Takpe la...” Fizry bersuara malas..
“Kau marah ke?” Hasrul memandang tepat kearah Fizry yang sedang berbaring dengan nota-notanya itu..
“Tak la..Benda kecik je..” Fizry menoleh sebentar kearah Hasrul sambil tersenyum tawar..
“Adik kau lama dah ke mengidap sakit jantung berlubang tu?” Hasrul cuba mengorek sedikit demi sedikit perihal keluarga Fizry..
“Hmm.. InsyaALLAH nanti aku cerita kat kau..Aku dah mengantuk ni..” Fizry cuba mengelak menjawab soalan Hasrul..
“Kau tak suka orang lain tahu pasal keluarga kau eah?” soal Hasrul lagi.. “Sorry la kalau aku buat kau rasa tak selesa dengan soalan tu” sambung Hasrul lagi..
Fizry yang sedang leka mengemas nota-nota yang berselerak diatas katil terhenti seketika lantas wajah Hasrul dipandang..
“Tak lah..Kalau kau nak tahu,tanya la Naim atau Man..Aku malas nak cerita..Sebab nanti aku sedih..Aku harap kau paham la ye?” bantalnya dibetulkan seketika lantas kepalanya diletak diatas bantal tersebut..
“Ok,aku nak tidur..Kalau jumpa “awek”,sampaikan salam aku kat dia ye?” sambung Fizry lagi sambil tersengih macam kerang busuk lantas menutup lampu belajarnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)