Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Thursday, May 19, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (Part 14)




“Lipasss!!!!!” jerit Man apabila dilihatnya ada seekor lipas hinggap di kaki Naim.. Tanpa disedari,Man terus memanjat katil Hasrul manakala Hasrul pula terkinja-kinja di atas kerusi kayunya..Wajah Naim kian pucat..Naim hanya mendiamkan diri sambil tangannya memegang kaki Man erat..

“Woi..!!! Tiga-tiga takut lipas?” soal Fizry lantas mengambil lipas yang sedang landing penuh syahdu di kaki Naim..Namun lipas tersebut berjaya meloloskan diri dengan hinggap di peha Naim pula.. Mata Naim kian terbeliak.. Namun tiada sebarang suara keluar..

“Wei..! Kenapa? Soal Kamal tiba-tiba apabila dilihatnya Man dan Hasrul terkinja-kinja melompat atas katil dan kerusi.. Dilihatnya pula Naim yang kaku sambil memandang tepat kearah lipas dipehanya..

Fizry yang seperti hiro lipas sebenarnya turut geli dengan haiwan tersebut.. Lantas diambilnya surat khabar,digulung lantas dilibas diatas peha Naim dengan harapan lipas tersebut turun dari kaki Naim..

“Go Fizry! Go Fizry!” Kamal turut membantu Fizry dengan memberi kata-kata semangat..

Tiba-tiba suara Kamal terhenti apabila kertas surat khabar yang tadi berada di tangan Fizry kian melekap ke mukanya..

“Haha..” Man,Naim dan Hasrul hanya tergelak melihat aksi Fizry sebentar tadi.. Mereka bertiga lupa sebentar akan kekalutan yang tercetus gara-gara lipas..Lipas yang tadi hinggap di peha Naim kian hilang dibalik almari kayu milik Man..

“Puaka kau Fizry! Tak pasal-pasal aku kena samak kejap lagi..” balas Kamal berjenaka..

“Padan muka! Lain kali,jangan membekak time aku tengah concentrate.. Lipas tak mampos,kau aku jadikan mangsa..haha” jawab Fizry selamba..

Man,Naim dan Hasrul masing-masing masih berdiri diatas katil Hasrul..Katil yang tadinya kemas kian berselerak gara-gara seeokor lipas..

Dengan bantuan Lee Yong,teman sebilik Kamal akhirnya lipas tadi berjaya ditangkap dan penyek akibat dipijak oleh Lee Yong yang bertubuh agak gempal itu..

“Thanks Lee..! Kalau you tak tolong,mesti kami tak tidur malam gara-gara makhluk gatal tu..”ujar Naim..

“Aiyoo..!! You all ni,muka macho.. Tapi hati cute..” jawapan Lee Yong membuatkan mereka tertawa geli hati..

“Hei Lee! Peribahasa mana you pakai tu?” soal Kamal.. “Hati cute tu yang aku tak tahan..” sambung Kamal lagi..

“Hah? Itu budak kelas i,selalu cakap itu macam.. Saya ikut je..” balas Lee Yong sambil tersenyum..

Selesai sesi gelak ketawa hampir sepuluh minit,Lee Yong pulang ke biliknya bagi menyambung aktiviti mengulangkajinya yang terganggu gara-gara lipas..Kamal masih setia melepak di bilik mereka berempat..

“Beb,mesti keluarga lipas tu sedih kan? Bab pengecaman mangsa nanti,keluarga lipas tu mesti menangis guling-guling kan? Sebab penyek si Lee kerjakan.. Sampai tak boleh cam lagi..” Kamal bersuara dengan ketawa yang masih bersisa..

“Agak la.. Tu la kau Naim! Aku dah kata,jangan pakai boxer yang ada kaitan dengan spongebob ni.. Hari tu,boxer kena curi.. Hari ni,boxer belang-belang kuning kau jadi tumpuan lipas pulak..” jawab Man..

“Puaka! Aku dah takut masa lipas tu landing kat peha aku.. Kot-kot dia masuk tempat tak sepatutnya,mampos aku tak ada zuriat nanti..” jawapan Naim membuatkan bilik mereka kembali bising dengan ketawa yang melampau..

“Biol la penghuni-penghuni bilik ni.. Boleh sewel aku duduk lama-lama dalam bilik korang ni..”ujar Kamal.. “Habis hilang 60% daripada 30% yang aku study tadi gara-gara korang..Jadi negative terus!” sambung Kamal lagi lantas berlalu meninggalkan bilik tersebut..

Setelah hampir 1 jam mereka berempat bergelak tawa gara-gara seekor lipas.. Akhirnya masing-masing kembali ke tempat mereka sendiri.. Jam juga telah menunjukkan jam 11 malam..

“Naim! Kau buat apa tu?” soal Hasrul apabila dilihatnya Naim memakai kain pelikat untuk pertama kali..

“Taubat aku pakai boxer ni.. Aku nak pergi samak boxer yang dah kena badi lipas ni..” ujar Naim lantas berlalu menuju ke bilik air..

“Segaknya kau berkain pelikat Naim.. Tergoda aku..” sampuk Man apabila dilihatnya kelibat Naim hampir hilang dibalik pinty bilik air.. Fizry dan Hasrul hanya mampu tertawa..

“Hahhh Fizry.. Aku rasa,baik kau abaikan aja Ash tu.. Dia dah besar,pandai la fikir baik buruk..” Hasrul tiba-tiba membuka topik Ashraf..

“Entah la Hasrul,rasa terkilan tu masih ada tapi takpe la.. Tak mati pon kalau hilang kawan macam dia kan?” ujar Fizry sambil mengunyah sugus yang dieberikan oleh Hasrul..

“Dahh.. Jangan sebut nama Ashraf tu lagi.. Aku rasa,nama dia ada kaitan dengan lipas la.. Tu sebab bila semua khusyuk dengar cerita pasal Ashraf tadi ,lipas matrik ni terus mengamuk.. Tak pasal-pasal aku bertukar jadi macam Usop Wilcha tadi..haha” ujar Man sambil tertawa..

“Eah Fizry,bas kau balik Pahang lusa pukul berapa?” soal Hasrul tiba-tiba..

“Lepas paper Math,dalam lepas Asar aku pergi bus station Masjid Tanah,tunggu bas pergi Melaka Centre la.. Nak kena pergi Melaka Centre dulu.. Bas ke Pahang pukul 8 petang dari Melaka Centre.. Kenapa?” soal Fizry pula..

“Ohh.. Ingat lepas paper,nak ajak korang pergi jalan-jalan Melaka.. Jom la,nak?” tanya Hasrul meminta persetujuan Fizry..

“Nak apa ni?” soal Naim yang baru muncul selepas selesai memcuci boxernya tadi..

“Hahh.. Bagus kau ada sekali.. Nak tak,lepas paper Math.. Kita semua jalan-jalan pergi Melaka..” tanya Hasrul sekali lagi apabila Naim turut ada bersama..

“Hmm.. Aku on aje sebab aku balik sehari lepas exam.. Man pon sama.. Fizry je la yang balik petang lepas paper tu..” jawab Naim sambil berlalu menuju ke ampaian,menyidai boxernya..

“Cun! Driver aku datang dalam lepas Zohor.. Kau siap-siap la packing barang Fizry.. Nanti aku suruh driver aku hantar kau ke Melaka Centre terus..” jawab Hasrul..

Man dan Naim hanya mengiyakan aja perancangan Hasrul..

“Tak kisah ke? Tak menyusahkan ke?” soal Fizry serba salah kerana khuatir bakal menyusahkan Hasrul pula nanti..

“Takde hal la.. Aku memang dah beritahu daddy aku yang aku nak jalan-jalan Melaka dulu before balik KL.. Driver aku ok je.. Lagipun,driver aku je datang ambil aku.. Daddy aku outstation.. Mummy aku,macam biasa la.. Sibuk dengan persatuan dia..” panjang lebar Hasrul bercerita..

7 comments:

  1. oke . sumpa suke gilak ngn cite nihh .

    cepatla sambong .

    plizzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    hehhe^^

    **menggedik plak ak an.

    ReplyDelete
  2. setuju ! sambong cpt cket yer.. hihi ;)

    ReplyDelete
  3. kah3..semangat mcm ni yg kite mahukan..haha :) tggu noh?sok luse teman update..skang otak bzzzzz..haha

    ReplyDelete
  4. amboi.! express rakyat hangpa smua ni..sat noh?teman nak smbg la niy :) part 15 je sempat..16 next time yeq..hehe

    ReplyDelete
  5. seriously sgt3 best...thumbs up 4 u...((: nt bukukn laa yee...rugi klau tak bkukan cos best gilaaa...

    ReplyDelete
  6. really?thanx ya 4 the support :) insyaALLAH..

    ReplyDelete