Ulat Novel Berjaya

Popular Posts Via All Time

Wednesday, May 18, 2011

Persahabatan Dan Percintaan (Part 11)




“Hasrul,sat!” selimut yang tadi menutupi seluruh tubuh Fizry,kian terbuka dan menampakkan muka Fizry.. Hasrul hanya memandang Fizry dengan penuh tanda tanya..


“Macam mana exam tadi? Okey,tu saja soalan aku..Esok kau bagi jawapan ya?Masih ada masa untuk fikirkan jawapan pada soalan aku tu..” Fizry bersuara lantas menutup kembali seluruh tubuhnya dengan selimut dengan senyuman.. Hasrul masih lagi terpinga-pinga dengan kerenah Fizry..
***

Jam menunjukkan pukul 7.40 pagi.. Fizry,Naim dan Man sudah sepuluh minit setia menanti di depan pintu utama dewan peperiksaan.. Masing-masing leka membaca nota kecil sebagai persiapan kali terakhir bagi subjek Kimia..

“Man,kuih kau nampak macam menggoda je..” Naim bersuara ala-ala manja sambil berlalu menghampiri Man lantas menyentuh bahu Man seperti mahu menggoda..

Man yang pelik dengan sikap Naim lantas menoleh ke arah zip seluarnya..

“Woi..!! Bukan kuih tu la..! Aku maksudkan karipap dalam beg plastik yang kau beli kat kafe tadi..” jawab Naim sambil tertawa.. Fizry yang berada di situ turut tergelak dengan Man..

“Susah kalau orang asyik fikir kuning je ni.. Kau kecil-kecil dulu ada penyakit kuning ke eah?” Naim bersuara lantas karipap di dalam plastik yang berada di tangan Man diambil lantas dimasukkan ke dalam mulutnya..

“Kau tu yang tak betul..Kot ye pon nak karipap tu,cakap straight forward boleh? Tak payah la sampai macam nak goda aku..” Man membalas..

“Laaa... Man... Kau tergoda ke dengan cara Naim tadi tu? Bahaya kau ni Man.. Takut lak aku..” sambung Hasrul yang tiba-tiba bersuara dari belakang mereka..

“Haha.. Jangan risau,selera Man jenis macam aku..Kalau macam kau,memang Man reject..” sambung Naim..

“A’ahh la..Man suka laki tough je..Kalau kau nak Man tergoda dengan kau,kau kena makan vitamin Appeton yang tambah berat badan tu..” Fizry pula menyampuk..

“Hah?Takpe..Takpe.. Aku lebih rela kurus macam ni dari tough then jadi “mangsa” Man.. Tak mahu..” jawab Hasrul sambil menggelingkan kepalanya..

“Man..Man.. Kau kena kuatkan iman okey.. Ni kau baru jumpa aku,kau belum jumpa true gay punya.. Gelap masa depan kau nanti.....” Naim masih menyakat..

“A’ahh! Memang aku tergoda dengan kau Naim..Gerammm je aku tengok kau.....” Man bersuara dengan nada yang sedikit menggoda.. Naim,Fizry dan Hasrul terpinga-pinga tiba-tiba.. Ketiga-tiga pasang mata tadi memandang tepat kearah Man seakan-akan tidak percaya..

“Kenapa senyap?Tadi siket main khusyuk kenakan aku..” balas Man selamba apabila dilihatnya ketiga-tiga kawannya tadi tercengang dengan jawapannya..

“Terkejut beb.. Habis kau Naim,Man dah tergoda dengan kau..” Fizry menepuk-nepuk bahu Naim yang masih terkejut dengan jawapan Man sebentar tadi.. Naim yang tadi khusyuk menikmati karipap kian terhenti kunyahannya..

“Puii..!! Hilang terus selera aku dengan karipap ni gara-gara kau Man..” jawab Naim sambil menghabiskan kunyahan karipap tersebut.. “Aku kalau hilang selera makan,memang akan tambah..Bak mai sebiji lagi karipap tu..” sambung Naim lagi sambil tersengeh..

“Habiskan pon takpe,memang aku beli karipap ni memang khas untuk kau..” balas Man selamba..Fizry dan Hasrul hanya tergelak melihat kerenah Naim dan Man..Naim hanya tersengeh sambil meneruskan aktiviti menghabiskan karipap Man..
***

Ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan Dol bengang.. Lalu Dol melangkah longlai kearah pintu.. Apabila pintu terbuka,dilihatnya Riz dan Akim berada di depan dan lengkap berkemeja..

“Woi..! Tidur lagi ke korang ni?” soal Akim apabila dilihatnya Dol masih terpisat-pisat.. Dan Ashraf,masih berbungkus dengan selimutnya..

Dol yang tadi pisat-pisat,bergegas ke bilik air.. Akim masuk ke dalam bilik mereka berdua lantas mengejutkan Ashraf dari tidur..

“Woi..! Bangun.! Dah pukul 8.. Kau nak jawab exam pukul berapa? 10 ke?” Akim mengejutkan Ashraf.. Riz masih setia menanti di luar bilik..

“Dah pukul 8?” Ashraf bingkas bangun lantas mencapai tualanya di ampaian lantas menuju ke bilik air..

Selang lima minit kelihatan kelibat Dol dan Ashraf keluar dari bilik air..

“Tuu dia..Dia mai dah..Dia mai dahhh..Wajah-wajah pelajar penuh ilmu didada...” Riz bersuara dengan loghat utaranya..

“Kepala wak lu ilmu penuh didada..! Dada aku ni dah bocor kau tahu?” Ashraf membalas sambil mengambil baju melayunya.. Dol hanya tersenyum..

“Haha.. Macam mana dada kau boleh bocor? Alien apa?” Soal Akim sambil tergelak.. Riz turut tergelak dengan jawapan Ashraf sebentar tadi..

“Perghhh!!! Mentang-mentang la exam hari jumaat.. Pakai baju melayu.. Memang tak boleh blahh..” Dol bersuara apabila dilihatnya Ashraf sedang menyarungkan baju melayu warna birunya..

“Muka aku kan suci..So,kena la pakai baju yang menampakkan kesucian aku tu..” Ashraf bersuara lantas menyikat rambutnya..

“Muka suci konon.. Tak sembahyang, tengok video porno pon boleh suci lagi ke? Petua awet muda ke bai?” Dol membuatkan Riz dan Akim tergelak besar..

“Memang “bab satu” la kau ni..! Pagi-pagi dah menganjing dengan aku..” jawab Ashraf lantas mencampakkan bantalnya kearah Dol..

“Bab satu tu apa?” Soal Riz terpinga-pinga.. Akim dan Dol hanya mampu tergelak sahaja.. Ashraf turut tersenyum dengan persoalan Riz..

“Tu la..Dulu kecil-kecil tak nak mampos..Bila dah besar,menyusahkan orang.! Sekolah bertingkat-tingkat..Bebal siket main tebal lagi..” Ashraf membalas sambil mengemas perkakas alat tulisnya yang berselerak diatas meja..

“Dah pukul 8.25 bai.. Tak payah bising-bising.. Bab satu tu,sejenis kuih berbentuk hexagon.. Selesai masalah.. Dah moh kita menuju ke pangkal jalan..” jawab Akim.. Ashraf dan Dol hanya tersenyum.. Riz pula masih dibelenggu persoalan.. Akhirnya mereka berempat bergegas menuju ke dewan peperiksaan..
***

“Tu dia,wajah pelajar harapan kita.. Siap minta extra paper..Awat? tak cukup ruang ke bang?” soal Dol apabila dilihatnya Ashraf meminta helaian tambahan ketika menjawab paper kimia sebentar tadi..

“Bercahaya je aku tengok muka kau Ash.. Sejuk perut mak kau lahirkan kau..” Sampuk Akim pula.. Dol dan Riz hanya mampu tersenyum..

2 jam peperiksaan berlangsung,Akim dan Dol sudah melangkah keluar dari dewan.. Riz keluar selepas setengah jam.. Hanya Ashraf yang setia menjawab soalan sehingga ke waktu tamat peperiksaan..

“Kalau tak perli aku,tak sah! Tak usah nak bodek aku..Tak layan la bodek murahan korang ni..” Balas Ashraf lantas mereka berempat menuju ke kafe..
***

“Semua senyum sampai ke telinga..” ujar Hasrul apabila dilihatnya Naim,Man dan Fizry sedang tertawa di sudut luar dewan..

“Senyum..Tak perlu kata apa-apa..” Naim menyampaikan jawapannya dalam nada nyanyian Najwa..

“Jom pergi kafe.. Aku belanja..” balas Hasrul lantas mengambil failnya yang terletak diatas kerusi luar dewan..

“Ni yang kau nak dengar.. Jom..! Patut pon aku nampak kau handsome je harini Hasrul..” Man bersuara tiba-tiba..

“Bodek..Bodek......” Jawab Hasrul ringkas sambil tersenyum..

2 comments:

  1. haha..kamu buat teman makin bersemangat nak smbg penulisan ni..u r the 1st one komen on diz novel..haha 2 me,crite die mcm mngarut2 je..xsgke lak kamu bce penuh smangat..hu2 thanx ya.! <3 keep support me k..

    ReplyDelete